Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, October 20, 2010

Kelantan selesa pilih status underdog (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU – Kelantan akan turun sebagai underdog; tegas, ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengenai pertemuan menentang Kedah dalam separuh akhir Piala Malaysia.

Menurut Sathianathan, kejayaan menyingkirkan Selangor, Jumaat lalu tidak menjanjikan laluan mudah buat The Red Warriors memandangkan Kedah akan menggunakan sepenuhnya beraksi di gelanggang sendiri, Stadium Darul Aman.

“Saya akui Kelantan bakal berdepan ujian getir. Kedah sebuah pasukan hebat dan mantap dari segenap posisi. Mereka ada lima pemain yang telah dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan.

“Walaupun rata-rata di kalangan mereka masih muda, harus diingat mereka semua sudah lama bersama sebagai satu pasukan sejak di bawah kendalian Azrai Khor Abdullah lagi dan mempunyai pengalaman luas dalam saingan Piala Malaysia. Ini memberikan kelebihan buat mereka,” katanya ketika di hubungi, semalam.

Tambah Sathianathan, berdasarkan rekod dalam saingan Liga Super lalu, ia lebih memihak kepada pasukan dari utara tanah air itu.

“Mereka berjaya menewaskan kita 1-0 di Kota Bharu manakala di Alor Setar kita hanya berjaya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dan Kedah satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan kita pada Liga Super lalu,” ujarnya.

Ditanya mengenai peluang pasukanya pada perlawanan malam ini, bekas pengendali skuad kebangsaan itu memberitahu, peluang yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan seimbang.

“Saya difahamkan mereka kehilangan beberapa tonggak utama, namun pemain gantian mereka tidak kurang hebatnya. Saya yakin kita tetap mempunyai peluang untuk perlawanan ini.

“Untuk itu kita akan turun berjuang habis-habisan dan tidak akan memberikan laluan mudah buat pasukan Kedah meskipun beraksi di tempat lawan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...