Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Kelantan ada semangat baru (Kosmo)


BARISAN pemain Kelantan menjalani latihan ringan bagi menghadapi Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


KELANTAN sudah melupakan terus sejarah pahit musim lalu apabila tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada final dan kejayaan menjadi naib juara Piala Malaysia.

Kini, mereka tampil dengan semangat baru, namun tidak mahu dibuai dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super 2010.

Ramai yang berpendapat, pasukan Kelantan musim ini adalah antara yang terbaik dengan himpunan pemain-pemain berpengalaman dan baru kemudian diadun menjadi pasukan yang cukup mantap dari segi kekuatan di setiap posisi.

Posisi penjaga gol menyaksikan Kelantan tidak berdepan masalah apabila ketiga-tiga penjaga gol yang disenaraikan cukup sebati mengawal gawang mereka daripada di bocori dengan kehadiran Syed Adney Syed Hussin, Halim Napi dan seorang lagi bintang dalam pembikinan iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

Pada usia yang masih muda, Khairul Fahmi dilihat cukup matang terutama selepas disenaraikan sebagai salah seorang penjaga gol kebangsaan dan pastinya beliau tidak rela posisinya sebagai penjaga gol utama Kelantan dirampas rakan sepasukan.

Dua aksi ketika menentang Sela- ngor di suku akhir dan Kedah di separuh akhir membuktikan dia kini mampu berdiri sebaris dengan bintang-bintang penjaga gol yang pernah dilahirkan Kelantan seperti Hamid Ramli, Wan Kamarulzaman Mohamad, Halim Napi dan Shahrizan Ismail.

Benteng Kelantan pula menyaksikan pengendalinya, B. Sathianathan sedikit berdepan masalah apabila dua 'kereta kebal'nya, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam mungkin terpaksa melupakan aksi pentas akhir ini.

Bagaimanapun, kombinasi antara Rizal Fahmi Rosid dan Farisham Ismail di benteng tengah juga mampu diharapkan apabila dua anak kelahiran Kelantan ini sudah semakin serasi dan selesa bekerjasama.

Rizal Fahmi dengan aksi yang lebih keras berjaya mencipta kombinasi baik dengan Farisham yang sentiasa mempamerkan aksi bertenaga dan kepantasannya memintas bola kerap meredakan tekanan di benteng Kelantan.

Posisi pertahanan kiri mungkin akan kekal menjadi milik Zairul Fit- ree Ishak yang cukup selesa mencipta gerakan bersama ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin dengan kemampuannya melakukan 'overlapping' dan hantaran yang cukup baik dan sesekali dia juga mampu menggegarkan jaring lawan.

Selepas kecederaan Azizi Mat Rose, posisi bek tengah mungkin diisi oleh Farisham Ismail yang sebelum ini mengemudi pertahanan kanan dan tempat yang ditinggalkannya kini kembali diisi oleh Daudsu Jamaluddin.

Jentera tengah Kelantan dilihat cukup sempurna dengan kombinasi empat pemain yang digilap oleh Sathia.

Mereka kini sudah berada di kemuncak dengan 'playmaker', Badri Radzi akan bergandingan dengan Shakir Shaari yang akan merasai final pertama piala berprestij itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...