Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, October 20, 2010

Kedah tagih sentuhan Badd (Berita Harian Online)

Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/20

KEDAH kuat mengamal semangat berpasukan dan bukan corak individu, tetapi hakikatnya, sentuhan berbisa Baddrol Bakhtiar pada saat getir ini tetap ditagih membantu cabaran mereka menentang Kelantan dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darulaman, malam ini.

Pemain tonggak yang menjadi inspirasi pasukan kebangsaan ketika Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos dianggap ayam tambatan skuad Kenari – bukan sekadar untuk merobek gawang lawan tapi elemen pengalaman dimilikinya membantu barisan penyerang muda.

Baddrol akur tugasan getir menunggunya, begitu juga semua pemain Kedah yang bergelut dengan kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan, juga kad kuning serta merah.

“Saya yakin dengan kemampuan rakan sepasukan menghadapi cabaran hebat daripada lawan seperti Kelantan yang berjaya mengenepikan juara Liga Super (Selangor) pada perlawanan lalu dan kemampuan kita juga turut terbukti ketika mengatasi Terengganu tempoh hari.

“Di atas kertas mungkin lawan memiliki banyak kelebihan tetapi di atas padang ia bukan bererti jaminan meraih kejayaan. Kami sudah bersedia secara mental dan fizikal menghadapi cabaran Red Warriors.

“Kejayaan Kedah bukan terletak pada kemampuan saya merobek gawang lawan, malah rakan sepasukan seperti Khyril Muhymeen, Faizal Abu Bakar dan Ahmad Syakir Ali membuktikan kewibawaan sepanjang Piala Malaysia musim ini,” kata Baddrol.

Dia turut menyuarakan rasa yakin terhadap kemampuan ketua jurulatih, Ahmad Yusoff yang digandingkan dengan Radhi Mat Din.
“Kami sudah melalui situasi sama ketika bertemu Kelantan pada separuh akhir Piala FA musim ini dan ketika itu juga ramai tidak yakin kami akan mengatasi mereka tetapi kejayaan itu sudah menjadi sejarah.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena