Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, October 22, 2010

Kami mampu ke final – Annuar (Utusan Malaysia Online)


Pemain Kedah, M. Faizal Abu Bakar (kiri) diasak pertahanan Kelantan, Zairul Fitree Ishak pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, kelmarin yang berkesudahan seri tanpa jaringan. – UTUSAN/Halim Khalid


KUALA LUMPUR - 'Kelantan boleh ke perlawanan akhir Piala Malaysia'. Itu laungan keyakinan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, selepas pasukannnya mengikat Kedah tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, di Alor Setar kelmarin.

Menurutnya, mengambilkira prestasi Kelantan pada aksi di gelanggang sendiri, Red Warriors mempunyai kelebihan berbanding Kedah untuk ke perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Katanya, Kelantan mempunyai kelebihan selepas berjaya mengikat Kedah tanpa jaringan di Stadium Darul Aman, kelmarin sungguhpun beraksi di hadapan kira-kira 30,000 penyokong tuan rumah.

"Kita akan menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik dan giliran mereka (Kedah) pula bermain dalam situasi tertekan.

"Melihat kepada rekod kita sebelum ini dalam Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu terutama dalam empat perlawanan terakhir, pemain Kelantan bermain cemerlang.

''Saya percaya, Sabtu ini perkara sama akan berlaku dan kita boleh mengatasi Kedah untuk ke perlawanan akhir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Menurut Annuar, adalah menjadi harapan rakyat Kelantan dan juga pengurusan KAFA, skuad Red Warriors akan melangkah ke perlawanan akhir dan berpeluang mencipta sejarah membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama.

Mengenai kebimbangan kemungkinan berlaku insiden tidak diingini pada perlawanan esok, beliau berkata, kawalan keselamatan akan diperketatkan dan mana-mana kelemahan akan dibaiki.

Bagaimanapun katanya, mengambil kira situasi di Stadium Darulaman kelmarin, penyokong Kedah tidak perlu bimbang untuk bertandang ke Stadium Sultan Muhammed IV.

Keadaan aman pada perlawanan tersebut katanya, turut disumbang oleh sikap penyokong Kedah sendiri, yang tidak mencetuskan sebarang provokasi sehingga boleh menimbulkan sebarang masalah, sebagaimana yang berlaku antara Kelantan dengan Selangor sebelum ini.

"Jika di Kelantan, tak perlu bimbang. Rekod kita di Kelantan, kita tak pernah ganggu pasukan lain,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena