Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 26, 2010

KAFA rayu penyokong bersopan (Berita Harian Online)

Oleh Adnan Mohamad
bhkb@bharian.com.my
2010/10/26

IMBAS kembali   suasana di  Stadium Nasional Bukit Jalil apabila  penyokong pasukan Kelantan  bertindak liar dengan membakar mercun pada final Piala Malaysia 2009.
IMBAS kembali suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila penyokong pasukan Kelantan bertindak liar dengan membakar mercun pada final Piala Malaysia 2009.

Jangan malukan Kelantan dengan timbulkan kekecohan: Annuar

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa merayu kepada lebih 50,000 penyokong fanatik The Red Warriors yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, supaya menjaga kelakuan mereka bagi menafikan tohmahan orang ramai yang mengatakan penyokong Kelantan tidak berdisiplin.

Katanya, penyokong Kelantan harus menunjukkan sikap profesional mereka dengan saling menasihat antara satu sama lain dan jangan sekali-kali memalukan Kelantan dengan menimbulkan kekecohan seperti membakar mercun serta terbabit dalam perbalahan.

Beliau berkata, sebarang perbuatan yang menyalahi peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh memberi kesan buruk kepada KAFA dan yang lebih memeritkan lagi ialah tindakan itu boleh mengganggu tumpuan pemain di padang.

“Saya berharap penyokong The Red Warriors kali ini menjadi lebih profesional, mematuhi segala arahan FAM dan jangan sekali-kali menentang arus kerana ia bukan saja menyebabkan KAFA kena denda, malah turut menjejaskan mutu permainan pemain, yang juga terpaksa memikul bebanan harapan menggunung rakyat Kelantan.

“Penyokong seharusnya memberi tumpuan kepada perlawanan dengan menyokong tanpa berbelah bagi kepada pasukan kita, meskipun pasukan ketinggalan, jangan tinggalkan stadium walaupun ketinggalan. Jadilah penyokong setia, tetap bersama walaupun apa keadaan sekali pun,” katanya pada sidang media di Wisma KAFA, semalam.

Annuar berkata, perlawanan kali ini bakal menyaksikan satu kelainan kerana pemain Kelantan tidak lagi mahu sentiasa berada di tempat kedua, malah ingin membuang kenangan pahit tahun lalu.
“Kita ke Stadium Nasional Bukit Jalil kali ini dengan semangat baru, membawa balik Piala Malaysia dan sejarah pahit tahun lalu akan menjadi penguat semangat untuk membenam Negeri Sembilan,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena