Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 23, 2010

Johor FC resah hadapi Rusa (Kosmo Online)

SKUAD Johor FC resah menghadapi Negeri Sembilan.Itu yang mengganggu fikiran jurulatihnya, Azuan Zain kerana belum dapat memutuskan kesebelasan utama pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang skuad Hoben Jang Hoben itu di halaman sendiri malam ini.

Ia gara-gara tiga pemain utama, Eddy Helmi Manan, Khairi Kiman dan kapten, Hamzani Omar belum pulih seratus peratus daripada kecederaan.

Tiga pemain ini tidak menyertai latihan skuad Lebah itu sejak dua hari lalu.

“Saya pening memikirkan pemain yang akan diturunkan malam esok (hari ini). Mungkin saat- saat akhir baru ditentukan.

“Ini kerana Eddy Helmi mengalami kecederaan pada kakinya, Khairi pula terpaksa menerima tiga hingga empat jahitan selepas pertemuan dengan skuad Rusa pada aksi pertama Rabu lalu manakala Hamzani menghadapi masalah kejang otot,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai kelebihan jaringan 1-0, beliau berkata, meskipun pasukannya telah sebelah kaki melangkah ke perlawanan akhir, aksi malam ini tidak boleh dipandang ringan.

Katanya, Negeri Sembilan mempunyai skuad yang mantap dan pasti akan bangkit lebih garang untuk mencari kemenangan.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menjejaskan tumpuan pemain yang kini semakin bersemangat untuk melakar sejarah dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

“Saya lihat mentaliti pemain cukup positif dan mereka tidak tertekan.

“Insya-Allah saya akan menerapkan corak permainan berbeza pada perlawanan itu nanti,” kata- nya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...