Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 19, 2010

Johor FC garang walau hilang tiga tonggak (Utusan Malaysia Online)



Jurulatih Johor FC, Azuan Zain (tiga dari kanan) memberi arahan kepada pemain-pemainnya dalam latihan di Johor Bahru, semalam menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, esok. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR


JOHOR BAHRU - Debaran Johor FC untuk berdepan dengan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menjelang saingan separuh akhir pertama pada esok semakin kencang.

Mana tidaknya, sekiranya berputih mata, kegagalan Sang Lebah seperti dilalui tahun lalu ketika mara ke peringkat yang sama pada dua musim lalu sudah pasti kembali menghantui.

Keadaan bertambah cemas apabila dua ayam tambatan Johor FC, Eddy Helmi Manan dan Mohd. Rashid Aya yang sebelum ini begitu garang mengasak gawang lawan mengalami kecederaan.

Bukan sahaja Helmi dan Rashid cedera tetapi juga pemain bahagian tengah, Khairul Ismail turut menerima nasib yang sama.

Meskipun begitu, kecederaan ketiga-tiga pemain itu langsung tidak mematahkan semangat Johor FC, malah jurulatihnya, Azuan Zain, yakin akan menundukkan anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan.

"Walaupun mereka tidak dapat diturunkan, saya tetap menaruh keyakinan kepada pemain lain untuk mencari bekalan selesa di Paroi sebelum turun beraksi di tempat sendiri nanti.

"Tahap kecergasan ketiga-tiga pemain terbabit hanya akan diketahui selewat-lewatnya esok," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, jika ketiga-tiga pemain terbabit tidak turun bermain, ia bukan bermakna Sang Lebah sudah hilang sengatan kerana Johor FC masih mempunyai pemain yang mampu menggantikan tempat mereka.

Azuan yakin dengan gandingan Nurul Azuan Roya dan Irme Mat di jentera serangan bagi menggantikan Eddy Helmi dan Mohd. Rashid mampu mencari jaringan yang diperlukan.

"Jika Negeri Sembilan menganggap kami hanya bermain secara selamat dan bertahan di Paroi, mereka silap kerana hanya kemenangan yang berada dalam fikiran setiap pemain Johor FC ketika ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...