Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Jang mampu tundukkan Red Warriors (Sinar Harian Online)


KEUPAYAAN Kelantan memberi saingan sengit kepada skuad Hobin Jang Hobin pada pertemuan akhir Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, tidak boleh dipandang ringan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pasukan The Red Warriors dibarisi pemain berkemahiran tinggi dan pantas.

"Namun yang paling penting, kita pernah tewaskan mereka 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.

"Tidak mustahil kita akan merealisasikan harapan tinggi penyokong untuk mengulangi kejayaan sama pada pertemuan kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap memberi amanat pada majlis makan tengah hari meraikan pasukan bola sepak negeri ini di Klana Resort, dekat sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latiff dan jurulatih skuad Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan.

Pada majlis sama, Mohamad turut menyampaikan imbuhan kepada pemain dan pegawai pasukan Negeri Sembilan atas kejayaan menempah tempat ke peringkat akhir saingan Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis berkenaan, beliau berkata, PBNS mengambil iktibar berhubung isu kehabisan tiket perlawanan yang kini hangat diperkatakan.

Menurutnya, jalan penyelesaian terbaik sedang dirangka bagi mengelakkan masalah serupa berulang pada masa hadapan.

"Sambutan penyokong pada musim ini di luar jangkaan, sedangkan pada musim lalu, kira-kira 3,000 daripada 20,000 tiket diperuntukkan untuk penyokong Negeri Sembilan tidak terjual.

"Mungkin semangat penyokong semakin tinggi selepas kejayaan Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut,” katanya.

Mohamad berkata, tindakan segelintir pihak melemparkan tuduhan liar kepada PBNS berikutan isu berkenaan amat dikesali dan sewajarnya dihentikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...