Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 23, 2010

Helmi mahu balas budi (Berita Harian Online)

Oleh Bashah Zainol Abidin

2010/10/23

PENJAGA gol terbaik musim 2007 dan 2008 Liga Malaysia, Mohd Helmi Eliza Elias mahu memastikan gawangnya tidak bocor ketika bertemu Kelantan pada perlawanan separuh akhir kedua di Kota Bharu, malam ini.

Menurutnya, inilah peluang terbaik baginya membalas segala kepercayaan ketua jurulatih, Ahmad Yusoff serta Ahmad Sobri Ismail yang memilihnya menjaga gawang Kedah musim ini.

Inilah peluang saya membuktikan keupayaan sebenar dan mengembalikan keyakinan kejurulatihan Hijau Kuning serta ribuan peminat setia selepas beraksi kurang meyakinkan pada peringkat kumpulan.

Kini saya berada pada tahap mental terbaik untuk berdepan sorakan 25,000 peminat setia Red Warriors dan menghampakan mereka di gelanggang sendiri.

Saya yakin semua rakan sepasukan juga berazam untuk membuat lawan berputih mata. Kalau kami mampu menghampakan mereka pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di gelanggang yang sama dulu, kami yakin sejarah itu boleh diulangi, kata Helmi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...