Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 26, 2010

Ganjaran menanti pemain NS (Kosmo Online)


WAN JAMAK (melambaikan tangan) dijulang oleh pemain-pemain Negeri Sembilan selepas kejayaan pasukan itu melangkah ke final Piala Malaysia 2010.


BARU sehari selepas mengesahkan tempat ke final Piala Malaysia, skuad Negeri Sembilan terus mendapat khabar gembira. Mereka dijanjikan habuan sekiranya berjaya menjulang piala berprestij itu buat kali kedua berturut- turut.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Presi- den Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban semalam.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan enggan mendedahkan ganjaran tersebut kerana tidak mahu ia mendapat pandangan negatif pihak tidak bertanggungjawab.

“Sudah pasti ganjaran akan diberikan kepada skuad Negeri Sembilan apabila mereka berjaya menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir 30 Oktober ini.

“Sebelum ini kita memberi ganjaran kepada pemain apabila mereka layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir, malah melangkah ke peringkat akhir juga mereka menerima ganjaran,” katanya.

Katanya, ganjaran itu sebagai hadiah di atas sema- ngat juang dan komitmen tinggi yang ditonjolkan oleh para pemain sepanjang kempen kali ini.

“Para pemain kita menunjukkan semangat yang tinggi dalam misi mempertahankan Piala Malaysia se- jak peringkat kumpulan sehingga melangkah ke pentas final.

“Kerajaan negeri dan seluruh rakyat mengucapkan syabas serta tahniah kepada skuad Negeri Sembilan kerana berjaya melangkah ke final sekali lagi,” ujarnya.

Skuad Hoben Jang Hoben berjaya melangkah ke pentas final Piala Malaysia buat kali kedua berturut- turut selepas menundukan Johor FC 2-0 di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam kelmarin.

Dengan kemenangan tersebut, Negeri Sembilan akan berdepan Kelantan, sekali gus mengulangi final Piala Malaysia 2009 yang dimenangi oleh skuad bim- bingan Wan Jamak Wan Hassan itu.

Mengulas mengenai perlawanan dengan Johor FC malam kelmarin, Mohamad berkata, para pemain Negeri Sembilan menunjukkan kematangan dan semangat juang yang tinggi untuk menang di tempat lawan.

“Pada perlawanan tersebut Johor FC dilihat mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke final sele- pas berjaya menundukkan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada minggu lalu.

“Bagaimanapun, semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain menyebabkan kita berjaya menundukkan lawan, sekali gus mengesahkan tempat ke final,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...