Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 26, 2010

FAM akur, Sathia 'dibebas' (Berita Harian Online)

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/10/26

B Sathianathan
B Sathianathan

Jawatankuasa Rayuan tangguh hukuman

PENYOKONG Kelantan boleh melupakan cadangan awal mahu demonstrasi depan Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana hajat besar mereka sudah tertunai, semalam.

Ketua jurulatih, B Sathianathan kini bebas dan boleh turun ke gelanggang mengendalikan skuad The Red Warriors menentang Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia, Sabtu ini selepas Jawatankuasa Rayuan badan induk itu membuat keputusan mengejut menangguhkan hukuman ke atasnya.

Penangguhan itu diputuskan sehingga jawatankuasa berkenaan bersidang pada tarikh yang bakal ditentukan berdasarkan surat rayuan dikemukakan Sathia, petang semalam.

“Pihak FAM mengesahkan menerima surat Sathianathan Bashkaran menerusi faks pada 2.33 petang, 25 Oktober 2010 yang dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan (K Kanagarajah) pada 5.45 petang hari sama.

“Berasaskan kepada Perkara 7.1.1 dan 7.5.1 Kod Tatatertib FAM, adalah dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM (K Kanagarajah) dengan ini memutuskan hukuman penggantungan selama enam bulan dijatuhkan ke atas Sathianathan Bashkaran ditangguhkan penguatkuasaan serta-merta sehingga jawatankuasa berkenaan bersidang kelak,” menurut sekretariat FAM dalam kenyataan di laman web FAM.

Kenyataan itu menyusul selepas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan pada sidang akhbar, semalam bahawa keputusan menggantung Sathia bukan dilakukan untuk mensabotaj persiapan Kelantan pada separuh akhir kedua di Kota Bharu, Sabtu lalu.
“Selepas keputusan ditentukan, FAM membuka ruang untuk kemukakan rayuan sehingga 14 hari tarikh hukuman. Sekiranya rayuan diterima dalam 14 hari dengan memenuhi syarat, termasuk dikemukakan dengan RM500, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan berhak untuk menangguhkan hukuman sehingga jawatankuasa bersidang,” kata Azzuddin.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim mengalu-alukan keputusan tersebut dengan ia membolehkan pasukannya memfokuskan terhadap misi untuk memburu gelaran sulung mereka dalam kancah bola sepak domestik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...