Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Dua pasukan sedia berentap (sinar harian)



SEGALA persiapan rapi telah dilakukan pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan menjelang aksi akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu pada perlawanan akhir edisi ke-84 yang menyaksikan Hobin Jang Hobin menewaskan Kelantan 3-1,tahun lalu.

Menurut jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengakui Negeri Sembilan sebuah pasukan yang lebih baik walaupun didakwa segelintir pihak tidak mempunyai pemain barisan penyerang untuk mencetak jaringan.

“Kita mendengar mereka (Negeri Sembilan) tiada pemain penyerang, tetapi berjaya juga melangkah ke final kali ini.

“Mereka tetap menjaringkan gol dalam setiap perlawanan seperti Shukor Adan dan Aidil Zafuan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih skuad Jang, Wan Jamak Wan Hassan memberitahu tekanan sentiasa wujud di kem Negeri Sembilan apabila beraksi di hadapan penyokong The Reds Warriors malam ini.

“Pemain bakal berhadapan dengan lautan penyokong fanatik The Reds Warriors malam ini namun kita berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan di Kota Bharu.

“Bagi saya, mana-mana pasukan yang bermain lebih baik, pasukan itu akan memenangi perlawanan,” katanya.

Kapten Negeri Sembilan, Aidil Zafuan tidak gusar mengenai ketiadaan beberapa rakan sepasukan akibat mengalami kecederaan kerana terdapat beberapa pemain yang boleh mengisi posisi itu.

“Kelebihan kami adalah terdapat beberapa pemain yang boleh beraksi dua tiga posisi berlainan. Jadi, kami tidak risau mengenainya,” katanya.

Bagi kapten Kelantan pula, Indra Putra menyeru kepada rakan-rakannya supaya tidak terlalu tertekan beraksi dihadapan penonton yang ramai, malam ini.

“Saya memberitahu mereka supaya bermain seperti biasa dan memberikan komitmen terbaik dalam padang. Biarpun kehilangan Azizi Matt Rose dan S.Subramaniam di bahagian pertahanan, saya yakin dengan barisan pemain yang dimiliki B Sathianathan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...