Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 19, 2010

Dilema Johor FC hadapi Negeri Sembilan (Harian Metro Online)

Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my

DILEMA Azuan Zain berulang ketika membuat persiapan berdepan tugas getir menentang penyandang juara, Negeri Sembilan pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Tiga tonggak utamanya, Mohd Khairul Ismail, Eddy Helmi Manan dan Mohd Rashid Mohd Aya tidak dapat menjalani latihan akibat kecederaan mengundang rasa tertekan buat Azuan yang perlu merencana strategi baru untuk menghadapi Rusa.


Tanpa berselindung bekas pertahanan Johor itu mengaku dirinya berada dalam situasi tertekan untuk menyenarai barisan terbaik berdepan Negeri Sembilan yang di anggap berpengalaman dan agresif.


Rekod pertemuan Johor FC dan Negeri Sembilan juga tidak memihak kepada pasukan yang bergelar Lebah selepas empat pertembungan membabitkan saingan Liga Super dan Piala FA memihak anak buah Wan Jamak Wan Hassan selepas dua kemenangan dan dua seri.

“Paling ketara apabila Johor FC tersingkir awal dalam saingan Piala FA apabila tewas secara agregat 7-5 namun ketika itu bukan saya yang mengendalikan skuad itu tetapi tempias tetap terkena kerana Johor FC dibarisi pemain yang sama.

“Saya perlu mencari jalan menguatkan semua posisi kerana penjana utama, Mohd Khairul alami kecederaan yang agak teruk serta Eddy Helmi turut sama cedera. Oleh itu pemain simpanan yang sedia mungkin akan diturunkan.

“Andai kecederaan ketiga-tiga pemain itu masih belum pulih, saya bakal menurunkan M Sivakumar untuk beraksi di tengah manakala Mohd Ezaidy Khadar dan Wan Rohaimi Ismail turut akan beraksi dalam usaha menguatkan Johor FC,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...