Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Daudsu waspada gempuran NS (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad dan Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/29

DAUDSU (kiri)  dan rakan sepasukan Kelantan ceria berlatih semalam.
DAUDSU (kiri) dan rakan sepasukan Kelantan ceria berlatih semalam.

Pemain pertahanan Kelantan tekad hapus memori sedih musim lalu

PERASAAN bercampur-baur antara gembira dan berdebar-debar menguasai pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin menjelang final Piala Malaysia bertemu Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil, esok.

Walaupun sudah bertemu lawan sama, tahun lalu Daudsu tidak menafikan debaran masih terasa kerana harapan menggunung rakyat Kelantan menyaksikan trofi paling berprestij bola sepak negara itu dapat dibawa pulang ke Kota Bharu semakin memuncak selepas dikecewakan Negeri Sembilan, musim lalu.

“Memang saya gembira berpeluang menebus kekalahan tahun lalu, tetapi perasaan berdebar-debar beraksi pada final kali ini masih ada,” kata Daudsu yang pernah menjulang Piala Merdeka 2007 bersama pasukan kebangsaan yang dikendalikan jurulatih Kelantan sekarang, B Sathianathan.

“Saya belum pernah memenangi sebarang kejuaraan dalam kejohanan tempatan, jadi sudah tentu debaran semakin memuncak tambahan pula seluruh rakyat Kelantan meletak harapan tinggi pada kami menjelang aksi final musim ini,” katanya.

Pada aksi final 2009, Kelantan terlepas kejuaraan sulung selepas tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan.

Menurut Daudsu, semangat pemain, terutama anak jati Kelantan yang membarisi pasukan kendalian B Sathianathan berkobar-kobar menebus kekalahan, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...