Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 1, 2010

City takkan lepas Torres (Utusan Malaysia Online)



Fernando Torres


LIVERPOOL - Manchester City berikrar tidak akan membenarkan sesiapa pun menghalang mereka daripada mendapatkan penyerang Liverpool, Fernando Torres tahun depan.

Penasihat bintang Torres, Bahia International mengesahkan, sudah dihubungi oleh City yang meminta mereka terus memaklumkan sebarang perkembangan mengenai pemain antarabangsa Sepanyol itu, termasuk belanja yang perlu dikeluarkan, ujar akhbar, The People.

City, yang berdepan potensi kehilangan bintang penyerang Argentina, Carlos Tevez, musim depan melihat 50 juta pound (RM249.4 juta) sebagai nilai yang ideal untuk membeli Torres.

"Mereka bersedia membayar 1 pound lebih banyak daripada mana-mana tawaran terbaik yang datang untuk mendapatkan Torres.

"City mahu merangka projek baru bersama Torres sebagai bintang utama mereka. Musim depan, sasaran mereka adalah bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana sebaik kempen bermula,'' menurut satu sumber rapat Torres.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, kapten Argentina yang juga bekas rakan sepasukan Torres di Liverpool, Javier Mascherano berharap dia dapat bergandingan semula dengan penyerang Sepanyol itu di Barcelona.

Mascherano dijual ke Barcelona dengan bayaran 17.25 juta (RM86 juta) musim ini ekoran keengganannya untuk beraksi buat Liverpool ketika pasukan itu kalah 3-0 kepada City dalam perlawanan Liga Perdana, Ogos lalu.

Barcelona dikatakan turut memantau perkembangan Torres, yang dipercayai amat kecewa sepanjang berada di bawah bimbingan Roy Hodgson, meskipun pemilik baru kelab, John Henry menegaskan dia tidak akan membenarkan mana-mana pemain bintang dijual.

Mascherano, 26, ingin sekali melihat Torres bergabung dengannya di Barca, namun dia sedar perjanjian mungkin sukar untuk dimeterai kerana pemain antarabangsa Sepanyol itu setia dengan Anfield.

"Torres adalah pemain yang amat bagus, dia boleh bermain dengan mana-mana kelab. Saya mahu sangat melihat dia beraksi di Barca tetapi saya tidak tahu apakah itu mustahil atau tidak,'' kata pemain tengah Argentina itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...