Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, September 25, 2010

Wenger kembali di padang (Utusan Malaysia)

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang kembali merasai debaran hujung minggu Liga Perdana apabila menentang West Brom, tidak menolak untuk menyaksikan perlawanan pasukannya dari tempat duduk penonton, pada masa akan datang.

Pengurus berusia 60 tahun itu dikenakan penggantungan satu perlawanan, kerana berbalah dengan pegawai perlawanan keempat di Sunderland Sabtu lalu, ketika pasukannya melepaskan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Dia menjalani penggantungan tersebut ketika aksi Piala Liga, di mana pasukannya menang ke atas Tottenham dan memiliki kelebihan mata, pada aksi di White Hart Lane selepas ini.

"Saya mendapat pemandangan yang menarik dari tempat duduk penonton. Kepada tidak?

''Ketika saya tiba, saya menyaksikan babak pertama dari tempat duduk atas. Kemudian, saya menyaksikan perlawanan babak kedua dari tempat duduk penonton di tingkat bawah. Saya memikirkan mengenai perkara itu,'' katanya.

Melepaskan gol pada babak akhir ketika menentang Sunderland, ibarat kalah tetapi Arsenal, di tangga kedua liga, masih belum kalah setakat ini.

Namun, permulaan baik mereka dibayangi perbalahan di antara Wenger dan pengurus Sam Allardyce serta Tony Pulis.

Bos Blackburn, Allardyce menuduh Wenger memanupulasi media dan pengurus Stoke, Pulis membalas ulasan mengenai pendekatan fizikal pasukannya.

"Mereka tidak sepatutnya ambil hati, kerana saya tidak mengkritik mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...