Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, September 2, 2010

Mark Schwarzer masih milik Fulham



PENJAGA gol Fulham Mark Schwarzer, tetap kekal bermain bersama Fulham walaupun Arsenal cuba memikat dirinya.

Schwarzer, 37, sebelum ini dilaporkan bakal berhijrah ke Arsenal dengan bidaan sebanyak RM9.6 juta tetapi jurucakap Fulham memberitahu penjaga gol itu tidak akan menyertai mana-mana pasukan.

Schwarzer bakal membuat penampilan bersama Fulham menentang Wolves, 11 September ini sambil berharap David Stockdale masih memegang peranan sebagai penjaga gol kedua di Craven Cottage.

Pengurus pasukan Mark Hughes, memberitahu mahu mengekalkan Mark dalam pasukan dan memahami kehendak penjaga gol itu yang ingin berhijrah ke Emirates.

”Kami bercakap mengenai situasi Mark dan seboleh-bolehnya mahu dia kekal di sini. Kami memahami keinginannya beraksi dengan Arsenal tapi pasukan jelas masih perlukan khidmatnya,” katanya.

Hughes juga menamatkan impian Bobby Zamora yang dikaitkan dengan Liverpool bagaimanapun berhasrat mendapatkan penyerang Manchester City Roque Santa Cruz.

“Saya tahu, banyak pasukan yang berminat dengan Bobby. Tapi, kami tidak boleh menjualnya kerana dia adalah kunci kejayaan Fulham.

“Kami cuba mendapatkan khidmat Santa Cruz, tetapi tidak berjaya. Malah, kami masih berharap membawanya bersama pasukan.

“Kami melakukan rundingan pembelian pemain secara sopan dan membawa pemain yang hebat ke sini. Walaupun kami gagal mendapatkan dia tapi

itu tidak bermakna musim ini tidak baik buat pasukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...