Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, September 25, 2010

City mahu benam ego Chelsea (Kosmo)


MANCINI (kiri) sekali lagi menyandarkan harapan kepada Carlos Tevez bagi merobek gawang Chelsea.


MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menganggap pertemuan menentang Chelsea dalam saingan Liga Perdana England malam ini merupakan ujian terbesar buat skuad kenda- liannya.

Chelsea ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memulakan saingan liga musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut.

Justeru, Mancini menuntut anak-anak buahnya meleburkan rekod cemerlang skuad The Blues itu, sekali gus membuktikan pelaburan besar yang dilakukannya bagi membawa masuk beberapa muka baru ke Eastlands berbaloi.

Hasrat pengurus kelahiran Itali itu untuk menyaksikan skuad bimbingannya menjulang trofi pertama musim ini tidak kesampaian selepas City tewas 1-2 di tangan West Bromwich Albion pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

Namun, Mancini mempunyai alasan yang kukuh terhadap kekalahan tersebut kerana beliau merehatkan pemain-pemain utamanya bagi memasti- kan mereka berada pada prestasi terbaik menjelang aksi dengan Chelsea di Stadium of Manchester malam ini.

"Saya langsung tidak menyesal apabila merehatkan pemain-pemain utama pada aksi menentang West Bromwich kerana saya tidak mahu mengambil sebarang risiko menjelang perlawanan dengan Chelsea.

"Saya melihat pertemuan menentang Chelsea adalah lebih penting dan kini saya hanya memiliki 12 hingga 13 pemain yang benar-benar cergas dan sekiranya saya tidak menghadapi masalah kecederaan pemain, saya mampu menurunkan kesebelasan utama yang terkuat," jelas Mancini.

City dijangka turun tanpa beberapa kelibat tonggak utama seperti Joleon Lescott yang menghadapi masalah kecederaan pangkal paha, Micah Richards (hamstring), Wayne Bridge (tulang rusuk), Mario Balo- telli dan Jerome Boateng (lutut) serta Aleksandr Kolarov (kaki).

Sementara itu, The Blues ibarat harimau terluka selepas tersingkir daripada saingan Piala Liga apabila dikejutkan dengan kekalahan 3-4 kepada Newcastle United di Stamford Bridge kelmarin.

Lebih malang, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dihimpit dengan masalah kecederaan pemain dan berkemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat Frank Lampard, Yossi Benayoun, Salomon Kalou, John Terry, Nicolas Anelka dan Gael Kakuta.

Begitupun, Ancelotti tetap percaya Terry mampu pulih sepenuhnya menjelang aksi menentang City itu dan bersedia untuk diturunkan.

"Pada perlawanan menentang Newcastle, Terry beraksi dalam tempoh 45 minit babak pertama tanpa menghadapi sebarang masalah kerana saya sebenarnya sengaja mahu merehatkannya.

"Kakuta pula memang menghadapi masalah di kaki- nya selepas diterjah pihak lawan, sementara Benayoun mengalami kecederaan pada paha dan Kalou (betis).

"Kami akan tetap memantau perkembangan mereka, namun peluang kesemua pemain ini untuk diturunkan pada aksi menentang City sangat tipis," kata Ancelotti.

- AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...