Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, September 25, 2010

Bintang Real, Barca dibelenggu kepenatan (Utusan Malaysia)

MADRID - Gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona perlu mengatasi masalah keletihan, akibat jadual liga yang padat, sebagai persediaan menghadapi perlawanan kelima dalam tempoh 14 hari, esok.

Real, yang menerajui dahului carta liga di bawah kendalian Jose Mourinho, mengumpul 10 mata, Barcelona ketinggalan satu mata pada kedudukan keempat.

Anak buah Mourinho berkunjung ke Levante, dalam misi mempertahankan kedudukan teratas, hanya dipisahkan perbezaan jaringan dengan Valencia.

Mourinho mengakui kepadatan jadual perlawanan pertengahan minggu dan Liga Juara-Juara, memberi kesan kepada kecergasan pemain.

"Pemain keletihan kerana ini masih bukan pasukan yang sebenar, jurulatih tidak melakukan pertukaran pemain.

"Biasanya, saya menukar empat atau lima pemain hanya selepas setahun menguruskan pasukan," kata bekas jurulatih Inter Milan itu.

Real menjadi pasukan pilihan untuk menang ke atas Levante, walaupun pendatang baru liga itu berjaya mendapat mata penuh pertama musim ini selepas menewaskan Almeria 1-0.

"Kami tidak mempunyai banyak masa untuk berehat di antara setiap perlawanan, menentang Levante adalah tugas yang sukar," kata Mourinho.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola merehatkan beberapa pemain utama, seperti Gerard Pique dan Pedro Rodriguez, ketika menang 1-0 ke atas Sporting Gijon.

Kedua-dua pemain tersebut berkemungkinan diturunkan untuk perlawanan sukar menentang Athletic Bilbao di tempat lawan.

Keyakinan Barcelona semakin meningkat selepas memenangi tiga perlawanan sebelum ini, namun kecederaan Lionel Messi membuatkan juara bertahan itu berdepan tugas sukar di Bilbao.

"Kami telah berehat dan bersedia untuk perlawanan yang penting esok, kami berpeluang mendapat keputusan yang positif jika bermain dengan baik menentang salah satu pasukan terbaik Eropah," kata jurulatih Bilbao, Joaquin Caparros.

Barcelona sekadar seri dengan Bilbao pada musim lepas dan terdesak mendapatkan mata penuh untuk terus mengekori Real. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...