Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, August 5, 2010

Torres setia bersama Liverpool (Kosmo)


Torres masih gembira berada di Anfield.


LIVERPOOL – Penyerang Sepanyol, Fernando Torres mengakui dia akan kekal di Liverpool, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.

“Saya akan kekal di sini (Liver- pool),” kata Torres semalam.

Sebelum ini, masa depan penyerang Liverpool itu menjadi tanda tanya selepas Chelsea dan Manchester City menyuarakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada saingan musim ini.

Begitupun, Torres, 26, hanya mengambil masa 24 jam selepas kembali ke Anfield untuk menjelaskan mengenai masa depannya bersama skuad The Reds.

“Komitmen dan kesetiaan saya hanya untuk kelab ini dan juga penyokong setia kelab ini. Ia tidak berubah sejak hari pertama saya menjejakkan kaki di sini.

“Saya gembira kerana dapat kembali semula ke sini selepas bercuti dan berasa senang hati untuk kekal bersama rakan-raka sepasukan. Saya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran sete- rusnya,” kata Torres.

Keputusan Torres itu pasti menjadi berita gembira dalam menarik minat pelabur untuk membeli aset kelab itu dengan harta- wan dari China, Kenny Huang berada dalam senarai teratas.

Chelsea begitu mahukan Torres dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England manakala City pula memerlukan Torres bagi memantapkan pasukan mereka.

“Sejak hari pertama, saya telah menerima sambutan yang baik daripada Steven Gerrard dan Ja- mie Carragher. Ia menjadikan seolah-olah saya di tempat sendiri dan para penyokong begitu menyukai saya.

“Liverpool merupakan kelab terbaik di negara ini dan harapan semua cukup tinggi. Harap kami dapat mengekalkan tahap kami dan bersaing hebat merebut mana-mana kejuaraan,” jelas Torres. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...