Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, August 5, 2010

Bayern mahu tuntut pampasan




LONDON - Bayern Munich akan menuntut pampasan daripada Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) ekoran kecederaan yang dialami pemain sayap mereka, Arjen Robben.

Terdahulu, Robben, 26, dikatakan mengambil jalan singkat bagi memulihkan kecederaan yang dialami- nya untuk beraksi buat Belanda pada kempen Piala Dunia 2010 bulan lalu.

Begitupun, Bayern menerima laporan yang mengatakan Robben sebenarnya terpaksa beraksi dengan kecederaan hamstring sepanjang kempen di Afrika Selatan itu berlangsung.

"Setelah melakukan ujian imbasan, memang jelas Robben mengalami masalah kecederaan ham- string.

"Begitupun, apa yang lebih dike- salkan, pihak-pihak yang bertanggungjawab gagal untuk mengesan mengenai masalah kecederaan tersebut lebih awal lagi," jelas doktor pasukan perubatan Bayern, Hans- Wilhelm Muller-Wohlfahrt.

Kini, Bayern mula melahirkan rasa kebimbangan mereka sekiranya Robben tidak dapat diturunkan dalam empat perlawanan awal saingan Liga Juara-Juara.

Sementara itu, pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata: "Kami (Bayern) akan menuntut pampasan dan kami sememangnya tidak puas hati dengan perkara ini.

"Sebagai kelab, kami berhak untuk menerima pampasan kerana pemain tersebut beraksi membantu pasukan negaranya," katanya. - Agensi

--- KOSMO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...