Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, August 5, 2010

Ashaari rangkul Kasut Emas (Kosmo)


ASHAARI dinobat sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini apabila merekodkan 18 gol.


TEKA-TEKI mengenai status penjaring terbanyak saingan Liga Super musim ini akhirnya terjawab apabila perancang Terengganu, Mohd. Ashaari Shamsudin dipilih selaku pemenang anugerah Kasut Emas.

Ashaari mengesahkan gelaran tersebut sele- pas merekodkan 18 gol sepanjang 26 perlawa- nan Liga Super musim ini.

Kejayaan yang dilakarkan Ashaari itu sekali gus mengetepikan dua pencabar terdekatnya dari Selangor, Safee Sali dan Amirulhadi Zainal yang sekadar berkongsi 12 gol.

Lebih manis, jaringan yang direkodkan Ashaari itu turut membantu Terengganu meng- akhiri saingan musim ini ditangga ketiga liga selepas Selangor dan Kelantan terlebih dahulu telah dinobatkan selaku juara dan naib juara.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasirud- din Shah semalam, pemain kebangsaan berusia 25 tahun itu muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal untuk membantu Terengganu mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas KL Plus.

"Sudah pasti saya sangat berpuas hati dengan kejayaan ini (meraih Kasut Emas) dan ia bakal menjadi pembakar semangat untuk saya tampil lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

"Diharapkan jurulatih skuad kebangsaan negara, K. Rajagobal dapat memberi saya pelu- ang sekali lagi untuk kembali menyarung jersi Malaysia," kata Ashaari.

Ketika ditanya mengenai sasarannya untuk menghadapi saingan Piala Malaysia selepas ini, Ashaari memberitahu: "Saya akan terus mengekalkan rentak serta prestasi saya.

"Apa yang mampu saya katakan ialah saya akan terus melakukan yang terbaik bagi membawa Terengganu mara sehingga ke pentas final," jelas Ashaari yang juga merupakan penjaring terbanyak Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Sementara itu, juara edisi 2007 dan 2008, Kedah berjaya memintas Negeri Sembilan dan T-Team pada saat-saat akhir untuk menamat- kan saingan di tangga kelima.

Pada aksi terakhir di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi, Kedah berjaya mene- waskan Selangor 2-0.

Kejayaan Kedah melonjak di tangga kelima 'dibantu' kekalahan Negeri Sembilan 0-2 kepada Perlis di Kangar dan T-Team pula seka- dar seri 0-0 dengan Kelantan di Kota Bharu.

Selangor yang sah bergelar juara setelah menewaskan Terengganu 2-0 Sabtu lalu, beraksi tanpa kelibat penjaga gol utama, Hamsani Ahmad, Khairul Anuar Baharom, P. Gunalan, Bunyamin Umar, Hardi Jaafar dan Rudie Ramli.

Kedah menggunakan kesempatan tersebut apabila berjaya memperoleh gol pertama seawal minit kesembilan hasil penyudah kemas Faizal Abu Bakar.

Kedah menambah gol kedua pada minit ke-70 menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar dari luar kotak penalti bagi menge- sahkan tiga mata buat tuan rumah.

Selepas tamat 26 perlawanan, Selangor bergelar juara dengan mengumpul 63 mata diikuti Kelantan (59), Terengganu (50), Johor FC (43), Kedah (38), Negeri Sembilan (38) dan T-Team (38) untuk tujuh kedudukan teratas Liga Super musim ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...