Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, July 22, 2010

No. 10 Liverpool milik Joe Cole (Utusan Malaysia)

LIVERPOOL - Liverpool melengkapkan perjanjian Joe Cole selepas pemain tengah itu lulus pemeriksaan perubatan, semalam.

Cole, yang telah bersetuju dengan syarat-syarat peribadi di Reds setelah dibebaskan Chelsea, menaiki penerbangan ke kem latihan kelab itu di Switzerland untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Pemain berusia 28 tahun itu akan menyarung jersi No. 10 Reds dan akan membuat kemunculan sulung untuk Liverpool pada aksi pembukaan menentang Arsenal pada 15 Ogos ini.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Roy Hodgson menegaskan keputusan Cole memilih ke Anfield, bukan didorong oleh faktor kewangan.

Cole menandatangani perjanjian dengan nilai kontrak 90,000 pound (RM442,204) seminggu dan menjadi salah satu perpindahan terpenting di bawah pengurusan Hodgson.

Dia yang berusia 28 tahun dilepaskan secara percuma oleh Chelsea dan faktor itu membolehkan dia meminta gaji lebih tinggi kerana Liverpool tidak perlu membayar yuran perpindahan.

Cole turut menjadi buruan Tottenham dan Arsenal namun, Liverpool berjaya mendapatkan khidmatnya dan Hodgson yakin faktor kewangan bukan sebab utama Cole menyertai Liverpool.

''Saya cukup lega apabila saya dan Pengarah Urusan, Christian Purslow berbual panjang dengan Cole, dia memberitahu wang tidak menjadi masalah besar.

''Secara jujurnya, dia boleh meminta gaji yang lebih tinggi kerana dia tidak terikat dengan mana-mana kelab.

''Kami nampak antara sebab utama dia ke Liverpool kerana atas sebab bola sepak dan dia juga mampu menerima struktur gaji di sini.

''Saya cukup gembira kerana dia memilih bersama kami dan itu memberikan kepuasan kepada saya selaku pengurus dan diri Cole sendiri, '' katanya.

Hodgson juga menafikan laporan bahawa pemain tengah, Javier Mascherano mahu meninggalkan Liverpool dan menyertai Inter Milan.

Mascherano difahamkan pulang bercuti ke Argentina bersama keluarga selepas skuad kebangsaannya tewas di peringkat suku akhir Piala Dunia. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...