Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, July 22, 2010

Gerrard kekal di Anfield (Utusan Malaysia)

LONDON - Kenyataan Steven Gerrard yang sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson adalah petanda jelas pemain tengah England itu akan kekal di Anfield.

''Saya telah berjumpa dengan Roy Hodgson dan menerusi pertemuan itu, saya amat kagum dengan perancangan masa depannya untuk pasukan ini.

''Saya hanya kembali menyertai sesi latihan hari ini di Melwood, dengan beberapa pemain yang turut beraksi pada Piala Dunia, saya tidak sabar untuk memulakan musim baru,'' kata Gerrard.

Ulasan Gerrard dibuat sehari selepas Liverpool mengikat kontrak dengan pemain tengah England, Joe Cole dan perkembangan tersebut akan meningkatkan keyakinan untuk kelab itu memberi cabaran merebut kejuaraan liga, selepas menamatkan saingan musim lalu di tangga ketujuh.

Dua pemain tonggak Liverpool, Gerrard dan penyerang Sepanyol, Fernando Torres pernah dikatakan akan meninggalkan Liverpool, yang dilaporkan mempunyai hutang sebanyak 350 juta pound (RM1.72 bilion).

Memastikan Gerrard dan Torres gembira merupakan keutamaan Hodgson, yang meninggalkan Fulham bagi mengambil alih Liverpool, menggantikan Rafael Benitez.

Musim lalu, Liverpool terlalu bergantung kepada Gerrard untuk melakukan gerakan.

Hodgson sudah tentu individu paling gembira apabila mendengar komen Gerrard itu.

''Ia merupakan satu berita baik. Tidak ada orang lain di Liverpool yang gembira mendengar perkhabaran ini.

''Saya gembira apabila mengetahui hal ini kerana saya amat menghormati Gerrard.

''Dia merupakan pemain yang sememangnya saya idamkan untuk kami bekerjasama, ketika sampai di Liverpool.

''Nampaknya dengan komitmen yang ditunjukkan, ia akan memberi suntikan semangat kepada pasukan.

''Musim ini pasti mencabar, dengan perlawanan yang banyak dan kami perlukan masa untuk melupakan kekecewaan musim lalu,'' katanya.

Sebelum ini Gerrard menjadi antara sasaran pengurus baru Real Madrid, Jose Mourinho, yang juga pernah cuba untuk membawa keluar pemain itu dari Liverpool, semasa menjadi pengurus Chelsea. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...