Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, July 22, 2010

Annuar Janji Fokus Tiga Agenda Jika Dipilih Sebagai Timbalan Presiden FAM (BERNAMA)

20 Julai, 2010 16:57 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Salah seorang calon timbalan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menggariskan tiga agenda utama sekiranya beliau dipilih menjawat posisi tersebut pada kongres FAM ke-47 pada 31 Julai ini.

Beliau yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata tiga agenda utama yang perlu diperkemaskan FAM ialah menyusun semula program pembangunan skuad kebangsaan, penelitian terhadap penganjuran bola sepak tempatan dan yang paling penting adalah membina lebih keyakinan di kalangan penaja untuk terlibat dalam Liga Malaysia.

"Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diperbaiki secepat mungkin dalam FAM, terutamanya perkara yang membabitkan tiga agenda tersebut," katanya kepada Bernama di sini.

Annuar berkata sebenarnya bukanlah menjadi hasrat utama beliau untuk bersaing atau mencabar mana-mana calon dengan mengutarakan idea tersebut sebaliknya beliau percaya setiap individu mempunyai kelebihan yang tersendiri yang mampu disumbangkan kepada FAM.

"Kalau FAM lemah kita juga akan turut terjejas secara langsung...kalau FAM tidak punyai hubungan baik dengan badan gabungan, tiada perancangan yang baik, tiada dana dan sebagainya ianya akan memberi kesan negatif kepada kita juga akhirnya.

"Kita tidak boleh hanya duduk sahaja sebaliknya perlu bersedia untuk tawarkan diri bagi membantu FAM," katanya.

Beliau menyindir sikap setengah pihak yang cenderung mengkritik struktur pentadbiran FAM namun tidak mahu bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan tersebut.

"FAM dan ahli gabungan saling memerlukan antara satu sama lain dalam memperjuangkan pembangunan bola sepak negara," katanya.

Annuar adalah salah seorang daripada enam calon yang tersenarai bertanding untuk merebut jawatan timbalan presiden FAM bagi penggal 2010-2015.

Lima lagi nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena