Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 3, 2010

Zidane enggan minta maaf insiden menghantuk Materazzi (Utusan Malaysia)

MADRID - Bekas pemain Real Madrid dan bintang utama Perancis, Zinedine Zidane, akhirnya mengaku dia menyesal kerana menghantuk kepalanya ke dada Marco Materazzi pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006, tetapi lebih rela mati daripada meminta maaf kepada pemain pertahanan Itali itu.

Dalam temu bual dengan akhbar utama Sepanyol, El Pais kelmarin, Zidane mengimbau kembali kejadian tersebut dengan berasa sungguh malu, tetapi langsung tidak rasa apa-apa terhadap Materazzi.

"Saya meminta maaf kepada sukan bola sepak, peminat dan pasukan. Selepas perlawanan itu, saya ke bilik persalinan dan berkata 'Minta maaf. Ini tidak akan mengubah apa-apa. Tetapi maaf kepada semua'.

"Namun, kepada pemain itu, saya enggan. Tidak, tidak akan sekali... akan berlaku ketidakjujuran oleh saya. Saya rela mati," tambahnya.

Perlawanan akhir itu merupakan aksi terakhir Zidane, selepas mengharungi karier bola sepak yang cerah, yang mana dia diakui sebagai salah seorang pemain paling dihormati dalam sukan ini.

Pada masa tambahan perlawanan akhir tersebut, Materazzi menghina Zidane, menyebabkan pemain Itali itu dihantuk di dada. Perancis tewas pada aksi final tersebut.

"Tentu sekali saya marah pada diri sendiri. Tetapi jika saya berkata 'maaf kepadanya', ia seolah-olah memberitahu tindakan pemain itu betul, namun bagi saya ia tetap salah.

"Perkara itu terjadi di padang. Ia berlaku kepada saya banyak kali, tetapi ketika itu, saya tidak dapat menahan diri. Ia bukanlah alasan... tetapi, ibu saya ketika itu sakit, dia berada di hospital dan orang sebegini tidak tahu perkara itu," katanya. - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...