Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 16, 2010

United juara lebih penting - Rooney (Utusan Malaysia)

MANCHESTER, England - Wayne Rooney menegaskan, membantu Manchester United menikmati satu kesudahan kempen bola sepak Liga Perdana England lebih penting daripada menyamai catatan 42 gol oleh Cristiano Ronaldo dalam satu musim.

Rooney diminta mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo apabila penyerang Portugal itu menjalani satu perpindahan 80 juta pound (RM400 juta) ke Real Madrid, tahun lalu.

Penyerang England baru sahaja melakukannya dengan limpahan gol menakjubkan yang meneruskan pemburuan United dalam Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Bekas penyerang Everton itu telah menjaringkan 24 gol dalam 22 perlawanan terakhirnya dan dua golnya ketika menang 3-0 ke atas Fulham di Old Trafford, Ahad lalu bagi menambah pungutan kepada 32 gol, musim ini.

Namun, Rooney mengakui bahawa dia tidak bimbang untuk mengatasi jumlah 42 gol Ronaldo, dua musim lalu kerana dia memberi tumpuan untuk mengekalkan United menerajui Liga Perdana.

Berterus terang tidak banyak bererti pada saya dan ia bukan sesuatu yang saya cari- cari.

"Bagus dapat menjaringkan gol dan saya mahu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi apa yang Cristiano capai sukar dipercayai.

"Namun, saya seorang yang lain dan seorang pemain yang lain jadi saya tidak membandingkan diri saya dengannya,'' kata Rooney.

United mara dua mata jelas di tangga teratas liga dengan kemenangan ke atas Fulham dan dengan Chelsea dan Arsenal menang Sabtu lalu, Rooney berasa ia merupakan tiga mata yang penting.

Dia menambah: "Kami tahu ia satu perlawanan yang besar bagi kami dan kami perlu menang. Kami yakin dan bermain baik, kami hanya ada tugas untuk dijalankan dan kami telah melakukannya."

Ferguson berasa Rooney memiliki satu peluang jelas untuk mencapai catatan 42 gol tetapi dia fikir bahawa mengekalkan unit pertahanannya bersama merupakan kunci kepada harapannya untuk mencatat rekod gelaran keempat berturut-turut.

Kepulangan Rio Ferdinand daripada satu masalah belakang di samping Nemanja Vidic kebetulan dengan United yang meraih tiga kemenangan berturut-turut dan tiga kali tanpa dibolosi.

"Saya terus berdoa saya mampu mengekalkan barisan belakang itu bersama dengan pengalaman yang mereka ada dan pengalaman Edwin van der Sar bakal memberikan kami, satu peluang besar.

"Kunci bagi kami ialah bakal mengekalkan barisan belakang bersama," katanya.

Mengenai Rooney, Ferguson menambah: "Saya katakan tidak lama dulu, mustahil bagi seorang pemain untuk mendapatkan 42 gol ketika ini tetapi dia memiliki 32 gol , apa dapat saya katakan?

"Ia satu cabaran buatnya, dia mampu menjaringkan dalam lapan perlawanan liga seterusnya dan mungkin lima perlawanan Eropah, jadi dia mungkin mendapat 13 perlawanan dan anda tidak akan tahu.

"Saya tidak akan meletakkan lebih daripadanya tetapi saya cuma gembira dia mengatasi catatan 30 dan kami menikmati prestasinya ketika ini," katanya.

Rooney menjaringkan dua gol pembukaan United menentang Cottagers sebelum Dimitar Berbatov menjaringkan gol ke-10 Liga Perdana dalam musim ini untuk melengkapkan kemenangan itu.

Berbatov beranggapan bahawa Rooney ketika ini yang terbaik di dunia dan fikir dia mampu mendapat sekurang-kurangnya 40 gol. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...