Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 14, 2010

Terengganu terus hambat Merah Kuning (Berita Harian)

Oleh Hamid Salleh
bhsukan@bharian.com.my
2010/03/14

ABDUL Manaf Mamat (kanan) diasak  pemain Pahang, Mohd Fadrizul Zakaria dalam perlawanan   di Kuala Terengganu,  malam tadi.
ABDUL Manaf Mamat (kanan) diasak pemain Pahang, Mohd Fadrizul Zakaria dalam perlawanan di Kuala Terengganu, malam tadi.


Tewaskan Pahang di laman sendiri, kumpul 20 mata

ZAIRO Anuar Zalani muncul wira Terengganu apabila menjaringkan satu gol dan mencipta gerakan jaringan kedua untuk menang 2-0 ke atas Pahang, dan membolehkan skuad Penyu terus merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang pendahulu Liga Super, Selangor.

Kemenangan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi menyaksikan Terengganu mengumpul 20 mata manakala Selangor - yang seri tanpa jaringan dengan Kelantan kelmarin - kekal di persada liga dengan 23 mata. Zairo Anuar menyempurnakan penalti sejurus sebelum rehat selepas penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaizul Anuar Ali dikenakan kad merah oleh pengadil Anuar Che Husin kerana mengasari Joseph Kalang Tie.

Terengganu seharusnya membuka jaringan lebih awal menerusi Ashaari Samsuddin pada minit ke-12 dan 23 namun gagal menewaskan Rosfaizul yang agresif di kubu terakhir Pahang hingga menyebabkannya dibuang padang.

Pada babak kedua, Ashaari sekali lagi dinafikan peluang apabila tendangan penaltinya pada minit ke-64 sekadar terkena palang, walaupun penjaga gol gantian, Wan Mohd Asri Wan Teh sudah tertewas.

Tiga minit selepas itu, ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusuf menanduk gol kedua tuan rumah yang bermula dengan sepakan sudut Zairo. Kedudukan 2-0 kekal hingga wisel penamat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...