Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

T-Team belum mengalah (Utusan Malaysia)

KUALA TERENGGANU - Pasukan kendalian Che Ku Marzuki Che Ku Mohamad Nor yang bakal beraksi tanpa dua tonggaknya, Rosdi Talib dan Ismail Faruqi Ashari tidak mahu menyerah kalah apabila menentang Terengganu dalam suku akhir Piala FA, malam ini.

Menurut Che Ku Marzuki, Rosdi yang juga kapten pasukan disahkan belum pulih daripada kecederaan paha manakala Ismail pula mengalami kecederaan kaki ketika T-Team tewas 0-1 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu.

''Saya yakin pemain-pemain T-Team akan bermain dengan baik walaupun ketiadaan kedua-dua tonggak utama ini.

"Bagaimanapun saya sukar untuk meramalkan permainan pada malam ini bakal menyebelahi pasukan mana," katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, ujar Che Ku Marzuki, beliau yakin bahawa T-Team bakal memberi saingan sengit kepada Terengganu.

Ini kerana katanya, rekod pertemuan pada aksi Liga Super awal musim ini menyaksikan T-Team berjaya memberi tentang sengit apabila berjaya mengikat Terengganu 1-1.

"Saya kagum dengan Terengganu kerana mempunyai pasukan yang memiliki pemain yang hebat dan berpengalaman namun ia tidak bermakna pasukan saya menyerah nasib sahaja.

"Justeru itu, saya harap penyokong Terengganu dapat memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan ini pada perlawanan malam ini kerana apa yang penting ialah pasukan dari negeri ini berjaya ke peringkat seterusnya," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...