Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 18, 2010

Sokongan padu dorong kejayaan The Red Warriors (Sinar Harian)


PASIR PUTEH - Pemain The Red Warriors memerlukan sokongan tidak berbelah bagi penyokong khususnya ketika beraksi di gelanggang sendiri bagi menzahirkan kejayaan.

Penyokong Kelantan, Mohd Yusri Ismail berkata, beliau berharap peminat bola sepak negeri ini terus memberikan sokongan padu dengan tidak menjadikan keputusan perlawanan kebelakangan ini sebagai kayu pengukur.

Menurutnya, anak buah B Satiananthan menunjukkan prestasi baik, hanya nasib tidak menyebelahi yang menyebabkan Kelantan gagal meraih tiga mata berharga.

“Saya tidak nampak prestasi pemain Kelantan merosot, persefahaman antara mereka semakin baik dan mereka mampu menguasai permainan.

“Kita perlu mengharapkan pemain tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol kerana ia akan membantu Kelantan menuju puncak Liga Super selepas tersingkir daripada saingan Piala FA,” katanya.

Mohd Yusri yang juga Bendahari Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan Cawangan Pasir Puteh berkata, walaupun terpaksa pulang hampa setiap kali Kelantan seri atau kalah di Kota Bharu, penyokong perlu memahami senario bola sepak.

Katanya, kalah dan menang memang adat dalam permainan ini dan penyokong perlu menyedari bahawa pemain sudah pun berusaha melakukan yang terbaik.

“Sebagai penyokong, mereka berhak untuk berasa kecewa sekiranya pemain Kelantan menunjukkan aksi hambar, tetapi saya tidak nampak pemain The Red Warriors beraksi sedemikian�.

“Pemain memerlukan sokongan padu penyokong padu penyokong, ia membakar semangat untuk mencipta kemenangan demi kemenangan sekali gus mencapai takhta liga sebagaimana yang disasarkan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...