Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 16, 2010

Sikap penyokong Red Warriors dipuji (Sinar Harian)



KOTA BHARU – Melihat kepada sambutan yang ditunjukkan penyokong setia Kelantan sewaktu perlawanan dengan Selangor tempoh hari, membuktikan sudah berlaku transformasi yang baik bagi penyokong setia bola sepak Kelantan sendiri.

Apa yang menarik, sambutan meriah peminat bola sepak Ke-lantan setiap kali perlawanan berlangsung di Kota Bharu, membuktikan perkembangan bola sepak di Malaysia sebenarnya masih mendapat tempat di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Setiap kali perlawanan Liga Su-per berlangsung di Kota Bharu, Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sentiasa penuh sesak.

Mengambil contoh sewaktu perlawanan dengan Selangor tempohari, jumlah penonton yang hadir mencecah hampir 25,000 orang memenuhi setiap inci ruang stadium tersebut.

Bahkan kapasiti stadium yang berusia lebih daripada 40 tahun itu, sudah tidak lagi mampu menampung jumlah penonton yang hadir pada satu-satu masa.

Mengambil kira situasi itu, pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terpaksa memasang skrin layar gergasi bagi membolehkan penonton yang tidak mendapat tiket menonton secara percuma di luar pekarangan stadium.

Kalau dahulu Stadium Sultan Muhammed Ke-IV tidak pernah sunyi dengan dentuman mercun, dan balingan pelbagai objek terlarang tetapi kini semua itu tiada lagi.

Perlawanan Kelantan dengan Selangor dilihat cukup bersih, di mana tidak ada kedengaran dentu-man mercun walau sekalipun dan balingan objek terlarang juga tidak lagi kelihatan.

Mentaliti penyokong Kelantan sudah pun berubah apabila dapat menerima sebarang keputusan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka.

Di samping pelbagai program mendekatkan dengan peminat bola sepak Kelantan, langkah pihak Kafa membudayakan disiplin penyokong dilihat satu langkah terpuji mendahului persatuan bola sepak negeri yang lain.

Musim lalu, pihak Kafa terpaksa membayar denda lebih daripada RM100,000 kepada Per-satuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan liar penyokong Kelantan sendiri.

Kerjasama daripada pihak berkuasa sememangnya dialu-alukan dan pujian harus diberikan kepada pihak PDRM, anggota Rela serta langkah pihak Kafa sendiri yang menambah jumlah anggota keselamatan bagi membendung sebarang kejadian buruk daripada berlaku.

Pemeriksaan ketat di pintu masuk stadium, dilihat satu-satunya langkah terbaik bagi memben-dung sebarang objek terlarang daripada dibawa masuk ke dalam stadium.

Tindakan pihak berkuasa menahan dua penyokong bola sepak Kelantan yang cuba membawa masuk mercun ke dalam stadium sewaktu perlawanan Liga Super dengan pasukan Johor FC pada Januari lalu dilihat satu pengajaran berguna khusus untuk semua penyokong Kelantan.

Setiausaha Kelab Penyokong Bo-la Sepak Kelantan (KPBSK), Azman Mohd Nor berkata, pihak kelab penyokong mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong setia Kelantan yang begitu berdisiplin ketika menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Kelantan.

“Mentaliti penyokong Kelantan sekarang sudah berubah, walaupun keputusan ada kalanya tidak memihak kepada kita, tetapi penyokong dapat menerima keputusan tersebut dan cukup berpuas hati dengan corak persembahan Kelantan yang disifatkan terbaik setakat ini,“ katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Timbalan Presi-den Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Nik Sallehudin Nik Abdul Razak ketika dihubungi berkata, perubahan sikap penyokong Kelantan merupakan satu petanda yang baik dan berharap ianya berterusan sampai bila-bila.

Nik Sallehudin berkata, langkah menempatkan anggota kese-lamatan di tempat duduk terbuka mencerminkan usaha berterusan pihak Kafa membendung tindakan negatif para penyokong.

“Insiden dua penyokong Ke-lantan dihukum penjara menjadi pengajaran berguna buat peminat bola sepak Kelantan, bahawa tindakan membakar mercun atau membaling objek terlarang merupakan satu tindakan yang tidak memberi sebarang faedah kepada mana-mana pihak,“ katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...