Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

Selangor diramal mara mudah (Berita Harian)

Oleh Harris Rajahdin

Juara bertahan dijangka tidak hadapi masalah ketepikan Pos Malaysia

BERDEPAN laluan yang dikira mudah buat Selangor, juara bertahan itu diramal mudah mara ke separuh akhir dan dijangka tidak menghadapi masalah mengenepikan Pos Malaysia dalam timbal balik lapan terakhir Piala FA, hari ini.

Selangor yang menewaskan Kelantan pada final tahun lalu, mendapat laluan mudah dengan memulakan kejohanan pada pusingan kedua selepas diberikan bye dan tidak menghadapi masalah mengenepikan PKNS untuk mara 2-1 secara agregat, sebelum ini.

Kini, Merah Kuning sekali lagi dihidangkan lawan Liga Perdana, Pos Malaysia namun pengendali, K Devan enggan mendabik dada meskipun pasukannya dilihat sebagai pilihan selepas membenam Kedah 4-0 dalam Liga Super, Sabtu lalu.

Ia bukannya perlawanan mudah kerana dalam Piala FA, apa-apa boleh berlaku da lam pertandingan kalah mati. Pos Malaysia berjaya menyingkirkan Felda United pada pusingan lalu dan menewaskan Harimau Muda 4-1 dalam Liga Perdana (Jumaat lalu), kata Devan.

Kecuali Farderin Kadir yang mengalami kecederaan, Devan dapat menurunkan kesemua pilihan utamanya bagi pertembungan menentang pasukan yang menghuni tempat keenam saingan kedua liga negara.

Kedah yang menyingkirkan finalis musim lalu, Kelantan diberikan peluang untuk membalas dendam atas Tentera yang menjejas kemaraan mereka ke suku akhir Piala Malaysia tahun lalu selepas seri 1-1 di tempat sendiri dalam peringkat kumpulan.

Saingan lain menyaksikan T-Team bertemu Terengganu dalam pertemuan sesama adik beradik di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu manakala Negeri Sembilan akan bertandang ke KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...