Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

Saingan teratas La Liga makin sengit


PENYERANG Mallorca, Aritz Aduriz (kanan) dihalang oleh pertahanan Sporting Gijon, Rafel Sastre pada perlawanan Liga Sepanyol, kelmarin. - AFP


MADRID -Real Mallorca menumbang Sporting Gijon, 3-0 di tempat sendiri, sekali gus menyamakan kedudukan mata dengan pasukan di tempat keempat, Sevilla dalam saingan La Liga, kelmarin.

Mallorca mempamer rekod terbaik di tempat sendiri menerusi jaringan Julio Alvarez, Victor dan Pierre Webo, yang berjaya melonjak pasukan itu kepada 34 mata. Namun, pasukan itu berada pada kedudukan kelima.

Sabtu lalu, Real Madrid menggantikan Barcelona pada kedudukan teratas La Liga, apabila mengalahkan Sevilla 3-0 di padang sendiri.

Real mengungguli liga dengan 62 mata, dipisahkan menerusi perbezaan gol setelah Barca hanya mampu seri 2-2 dengan Almeria.

Valencia pula pada kedudukan ketiga La Liga dengan 46 mata. Mereka mampu memperkukuhkan kedudukan dalam liga, jika menang di tempat sendiri ke atas Santander selepas ini.

Perlawanan Sabtu lalu turut menyaksikan, pasukan tercorot liga, Xerez berjaya membuat kejutan apabila menundukkan Malaga 4-2.

Kedua-dua pasukan terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.Dua gol hasil rembatan Momo, disusuli Leandro Gioda serta Fabian Orellan, berjaya memberi mata buat pasukan yang pertama kali layak beraksi dalam La Liga.

Bagaimanapun, Xerex kekal di tangga terbawah liga apabila mengumpul 15 mata daripada 25 perlawanan. Pasukan itu kini sembilan mata di belakang pasukan di tangga ke-17, Real Zaragoza yang akan menentang Atletico Madrid.

Selain itu, Esp

--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...