Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, March 13, 2010

Rooney tekad atasi Ronaldo (Kosmo)


ROONEY telah meledak 30 gol setakat ini.


LONDON -Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney secara terbuka mendedahkan bahawa dia berazam mengatasi rekod 42 gol yang dihasilkan bekas bintang The Red Devils, Cristiano Ronaldo.

Musim ini, Rooney telah merekodkan 30 gol termasuk dua gol sumbangannya ketika membantu United mengalahkan AC Milan 4-0 dalam aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara di Old Trafford kelmarin.

Meskipun Denis Law masih memegang rekod selaku penjaring terbanyak United dengan 46 gol semusim diikuti Ruud van Nistelrooy (44 gol), Rooney yakin dia masih mampu untuk mengatasi jumlah jaringan yang dilakukan Ronaldo itu.

"Harapnya saya boleh menjaringkan 42 gol musim ini dan juga memenangi beberapa trofi," kata Rooney.

"Saya akan gembira sekiranya berjaya melakukannya.

"Ini adalah musim terbaik saya. Saya banyak menjaringkan gol, bermain dengan baik dan berharap ia akan berterusan."

United memiliki baki sembilan lagi perlawanan dalam Liga Perdana England dan maksimum lima perlawanan dalam kempen Liga Juara-Juara sekiranya mereka melangkah ke final buat musim ketiga berturut-turut.

Ia memberi peluang kepada Rooney untuk sekurang-kurangnya menyumbat 13 gol lagi dalam 14 perlawanan.

Kelmarin, pengurus United, Alex Ferguson mencabar Rooney untuk mengatasi rekod jaringan Ronaldo yang kini menjadi bintang Real Madrid.

"Cabaran baginya ialah melepasi jumlah 42 gol yang dijaringkan oleh Ronaldo," kata Ferguson. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...