Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 2, 2010

Rooney kini mampu serap tekanan (Utusan Malaysia)


Wayne Rooney beraksi cemerlang pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Aston Villa di Stadium Wembley, London, kelmarin. United muncul juara selepas menang 2-1. - REUTERS


LONDON - Wayne Rooney menyifatkan kemenangan ke atas Aston Villa pada perlawanan akhir Piala Liga, kelmarin membuktikan dia mampu mengatasi tekanan yang dilalui Manchester United dalam memburu kejuaraan treble musim ini.

Rooney merasa janggal tidak berada pada kedudukan biasa pada awal perlawanan di Stadium Wembley, kelmarin selepas Alex Ferguson memilih untuk tidak menurunkan pemain itu.

Ini bertujuan supaya penyerang England itu pulih daripada masalah sakit perut dan kecederaan lutut.

Pemain berusia 24 tahun itu mengakui kecewa, kerana tiada dalam senarai awal perlawanan akhir tersebut.

Apabila Michael Owen dikeluarkan kerana kecederaan pada lewat babak pertama, Rooney dimasukkan dan pantas mempamerkan aksi bersemangat dengan tandukan pada minit ke-74 bagi memastikan United memenangi trofi Piala Liga kali ketiga dalam masa lima tahun.

Jaringan tersebut merupakan gol ke-28 Rooney setakat ini.

Dengan trofi Piala Liga kini kembali disimpan di Old Trafford, Rooney dan rakan sepasukan kini mengalih perhatian untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana England, selain mahu menebus kekalahan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, musim lalu.

Mulai sekarang, setiap perlawanan sehingga ke hujung musim adalah penting dan Rooney tidak ragu-ragu bahawa dia mampu menggalas tugas sukar mengemudi United.

"Saya tidak merasakan apa-apa tekanan untuk beraksi dengan baik. Secara jujur, saya mungkin merasai banyak tekanan sejak saya berusia 16 tahun.

"Ia sesuatu yang biasa anda lalui dan cuba mengatasinya dengan cara anda sendiri. Ia bukan sesuatu yang perlu saya bimbangkan.

"Terlalu banyak beraksi tidak membimbangkan saya. Saya mendapat rehat yang baik di sini, jadi saya harap saya akan beraksi pada beberapa perlawanan seterusnya,'' katanya.

Selepas beberapa musim kerap beraksi di posisi sayap kiri, untuk memberi laluan kepada Cristiano Ronaldo bergerak bebas di kawasan tengah, Rooney mengambil alih posisi tersebut selepas bintang Portugal itu berpindah ke Real Madrid.

Hasilnya, Rooney bukan sahaja menikmati musim yang lebih prolifik, malahan dia juga membuktikan kehandalannya dalam perebutan bola tinggi apabila kesemua lima jaringan terakhir dihasilkan menerusi tandukan.

"Kesemuanya bergantung kepada aksi kemas di posisi sayap. Hantaran dari bahagian sayap lebih baik musim ini dan saya berupaya meletakan diri saya pada posisi yang baik di dalam kawasan penalti.

"Namun, saya tidak meletakkan sasaran jumlah jaringan gol. Cristiano menjaringkan 42 gol dalam semusim, namun saya mahu menyumbang kejuaraan,'' kata Rooney. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...