Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

'Posmen' mahu mencipta kejutan ke atas Selangor (Kosmo)


RAHIM ABU BAKAR (tengah) akan mengetuai jentera serangan Pos Malaysia pada aksi suku akhir pertama Piala FA 2010 menentang Selangor di Stadium Selayang malam ini.


MESKIPUN sekadar berstatus kelab, skuad Pos Malaysia tidak gentar untuk menghadapi Selangor pada aksi suku akhir pertama Piala FA 2010 di Stadium Selayang malam ini.

Pengurus pasukan Pos Malaysia, Shaari Shazali berkata, Selangor selaku juara bertahan dan juga pendahulu Liga Super ketika ini mungkin tampak gah di atas kertas tetapi hanya aksi 90 minit di atas padang bakal me- nentukan keputusan perlawanan.

"Menang atau kalah itu adat permainan. Tetapi jika pemain dapat beraksi baik, tidak mustahil kami boleh menang. Apa yang penting mereka perlu pamerkan sepenuh komitmen menghadapi perlawanan ini.

"Dari segi kualiti pemain, memang Selangor memiliki kelebihan. Cuma saya harap pemain kami tidak terlalu menghormati lawan dan menggunakan peluang ini untuk membuktikan kemampuan mereka," katanya ketika dihubu- ngi Kosmo! semalam.

Pos Malaysia yang baru semusim beraksi dalam Liga Perdana setelah muncul juara Liga FAM musim lalu telah mempamerkan aksi cemerlang dengan menyingkirkan Majlis Perbandaran Muar pada pusingan pertama dan Felda United pada pusingan kedua.

Jelas Shaari, pemain Pos Malaysia juga kini dilihat begitu bersemangat untuk bertemu Selangor lebih-lebih lagi setelah mereka berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Harimau Muda dengan kemenangan 4-1 pada aksi Liga Perdana, Jumaat lalu.

"Semua pemain nampak bersemangat. Lagi- pun kami ini pasukan Liga Perdana dan pelu- ang untuk bertemu pasukan Liga Super hanya- lah dalam saingan piala seperti ini.

"Kami akan turun tanpa tekanan dan menganggap diri kami pasukan underdog yang mahu mencipta kejutan. Harap penyokong setia kami terus hadir memberikan sokongan di stadium," ujarnya.

Skuad bimbingan Lim Kok Onn itu mempertaruhkan ketua pasukan, Fadhlullah Yunfisar untuk mengemudi benteng pertahanan, Rahim Abu Bakar dan Armanzairi Johan mengawal jentera tengah manakala G. Puaneswaran digalas tugas meledak gawang Selangor.




Di pihak Selangor pula, pengurus merangkap jurulatih, K. Devan pastinya mempunyai strategi tersendiri untuk berdepan Pos Malay- sia kerana mereka turut mempunyai tugasan penting bertemu Kelantan pada aksi Liga Super, Jumaat ini dan Sriwijaya FC pada aksi Piala AFC 2010 Selasa depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...