Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

Piala FA: Chelsea ke separuh akhir (Kosmo)


TERRY tetap tenang meskipun diejek penyokong pasukan lawan.


LONDON - John Terry mengetuai Chelsea melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA dengan penuh emosi apabila menyelak lilitan lengan kaptennya selepas menjaringkan gol kedua kelab London itu ketika menewaskan Stoke 2-0 awal pagi semalam.

Gol Terry dihasilkan pada minit ke-67 selepas Frank Lampard membuka tirai jaringan minit ke-35.

Ia memastikan Chelsea menempah pertemuan separuh akhir dengan Aston Villa yang berjaya menyingkirkan Reading 4-2 menerusi jaringan hatrik John Carew.

Terry telah menjadi sasaran ejekan penyokong pelawat sejak dia dilucutkan jawatan sebagai kapten skuad kebangsaan England berikutan pendedahan skandal seksnya.

Namun, Terry berterima kasih kepada penyokong Chelsea yang tetap menunjukkan sokongan mereka pada perlawanan awal pagi semalam.

"Lilitan lengan ini membawa makna yang begitu besar. Chelsea telah memberikan sokongan yang kuat, begitu juga para pemainnya.

"Ia adalah minggu yang cukup baik bagi saya. Dapat beraksi bersama England dan bermain dengan baik. Kemudian kembali beraksi pula pada perlawanan ini," kata Terry.

Sementara itu, penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins berharap penyokong lawan supaya berhenti daripada terus mengejek Terry.

"Dia (Terry) merupakan seorang kapten yang luar biasa. Dia berjaya memimpin rakan-rakan sepasukannya di atas padang dengan cara yang cukup hebat.

"Saya mula berasakan yang sudah tiba masanya segala gangguan ini dihentikan," kata Wilkins. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...