Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 16, 2010

Pemain Kelantan dekati peminat di Kuala Krai (Sinar Harian)


KOTA BHARU – Peminat setia bola sepak Kelantan khususnya yang berada di Kuala Krai berpeluang beramah mesra dengan pemain Liga Super Kelantan apabila mereka dijadualkan menghadiri satu program khas bersama komuniti di Kuala Krai pada hari Jumaat ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Tahun Bola Sepak Kelantan 2010, Datuk Ramzi Abdul Rahman akan hadir memeriahkan program selama sehari suntuk itu bersama komuniti Kuala Krai.

Annuar berkata, rombongan pihak pengurusan dan pemain Red Warriors akan bertolak ke kawasan perkelahan Lata Rek, Kuala Krai pada jam lapan pagi.

Menurutnya, para pemain Kelantan akan berkelah secara santai bersama-sama dengan ahli Kelab Penyokong Bola Sepak Kuala Krai bermula jam 9.30 sehingga 11.30 pagi.

“Selepas itu, semua pemain dan pegawai persatuan akan menunaikan solat Jumaat di masjid Manek Urai dan sejurus kemudian menikmati jamuan makan tengah hari di rumah YDP Persatuan Bola Sepak Jajahan Kuala Krai, Encik Mohamad Zulkifli Omar,“ katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Annuar berkata, atur cara sebelah petang bermula pada jam 4 petang apabila pemain Ke-lantan akan turun menjalani latihan di padang Maktab Ren-dah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai.

“Warga komuniti Kuala Krai berpeluang menyaksikan secara dekat aksi pemain Kelantan yang berentap sesama sendiri dalam latihan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, majlis penyerahan sumba-ngan berupa bantuan beras kepada 100 warga emas akan diadakan sejurus sahaja tamat latihan tersebut.

“Pemain Kelantan sendiri akan menyampaikan sumbangan tersebut kepada warga emas yang terpilih.

“Ini salah satu cara kita mendekatkan diri kita bersama peminat dan sebagai tanda menghargai sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya.

Program ramah mesra bersama peminat bola sepak Kelantan di daerah Kuala Krai ini, merupakan siri kedua anjuran� Kafa pada tahun ini selepas berlangsung di Ketereh bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...