Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 2, 2010

O'Neill salahkan pengadil

LONDON - Martin O'Neill menegaskan, kesilapan pengadil Phil Dowd, menyebabkan pasukannya, Aston Villa terlepas peluang untuk mencatat kemenangan ke atas Manchester United pada perlawanan akhir Piala Liga, kelmarin.

Namun, bos Villa itu berazam untuk melupakan kepedihan di atas tindakan Dowd, yang tidak mengenakan hukuman buang padang ke atas Nemanja Vidic.

Katanya, ia sama sekali tidak merencatkan kejayaan pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala Liga.

Jaringan Wayne Rooney memberikan United menang 2-1 pada perlawanan kelmarin, namun perlawanan tersebut sepatutnya berbeza, jika Dowd menghukum Vidic keluar padang, selepas menjatuhkan Gabriel Agbonlahor, ketika penyerang Villa itu membawa bola ke depan pintu gol.

Kekasaran tersebut memberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh James Milner, untuk Villa mendahului perlawanan pada minit kelima.

Namun, skuad O'Neill tidak mampu mempertahankan kelebihan jaringan, selepas Michael Owen menjaringkan gol penyamaan, sebelum Rooney menjaringkan gol kemenangan United.

O'Neill menyifatkan kegagalan Dowd mengenakan hukuman lebih berat, bukannya kad kuning selepas Vidic menjatuhkan Agbonlahor.

"Saya langsung tidak faham. Adalah jelas ia merupakan peluang untuk kami menjaringkan gol dan pemain saya dijatuhkan di dalam kawasan penalti.

''Sesiapa yang melihat insiden itu pasti tertanya-tanya mengapa pengadil hanya membuat keputusan begitu.

"Tak kira sama ada ia berlaku pada minit pertama, kedua atau pada minit ke-89 perlawanan. Keputusan yang dibuat terlalu lurus.

"Namun, hakikatnya dalam tempoh beberapa hari lagi semua itu akan dilupakan. Kami finalis yang kalah, itu saja. Ia sudah berakhir,'' katanya.

Villa berpeluang untuk kembali beraksi di Stadium Wembley pada saingan Piala FA, di mana mereka akan berdepan Reading pada perlawanan suku akhir pertama, Ahad ini. - AFP

--- UTUSAN MAALYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena