Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 7, 2010

Liga Super: Selangor Belasah Kedah 4-0 (Bernama)

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pasukan Selangor terus megah berada di kedudukan teratas persada Liga Super setelah berjaya membelasah Kedah 4-0 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan K. Devan terus berada dalam kedudukan selesa setelah berjaya mengumpul sebanyak 22 mata daripada sembilan perlawanan.

Empat gol adalah hasil jaringan Mohd Safee Sali (minit ke-27), Mohd Amirul Hadi Zainal (minit ke-39, minit ke-76) dan Amri Yahya (minit ke-60).

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Terengganu berjaya menambah tiga mata setelah menang tipis 1-0 kepada KL Plus.

Pasukan Kelantan berjaya melonjak diri ke tangga ketiga setelah berjaya menumpaskan T-Team 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu.

Manakala di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, pasukan tuan rumah Negeri Sembilan mencatat kemenangan 3-2 kepada Perlis.

Pasukan Kuala Lumpur pula menang 2-1 menewaskan Johor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pula Pulau Pinang terikat 1-1 dengan Perak.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena