Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 18, 2010

Kelantan landasan ke juara liga (Sinar Harian)


KOTA BHARU - Skuad Red Warriors kini berada dalam keadaan selesa untuk meneruskan aksi terbaik seterusnya mendaki juara carta liga.

Demikian luahan semangat yang dilontarkan oleh Kelab Penyokong Kelantan sejurus berakhirnya perlawanan antara Kelantan dan Selangor, baru-baru ini.

Setiausaha Kelab Penyokong Kelantan, Azman Mohd Nor berkata, walaupun Red Warriors tidak menang semua perlawanan, namun persembahan yang ditunjukkan oleh anak buat B Sathianatan semakin meningkat.

“Oleh itu bagi kelab penyokong, peluang untuk Kelantan menjuarai liga masih terbuka dan cerah memandangkan prestasi pasukan teratas liga juga tidak konsisten,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, prestasi Kelantan dikecam beberapa pihak susulan keputusan perlawanan yang tidak memihak kepada pasukan ini walaupun memiliki ramai pemain bintang.

Dalam pada itu Azman berkata, persembahan Red Warriors tidak seburuk yang didakwa oleh sesetengah pihak, namun tuah masih belum pihak kepada pasukan ini.

Katanya, pasukan ini masih memerlukan masa memandangkan pemain yang digandingkan masih memerlukan masa yang mencukupi untuk melahirkan persefahaman yang mantap.

“Memang kita mahu pasukan ini menang setiap perlawanan, tetapi perlu di ingat pemain- pemain ini masih baru diganding dan sudah tentu jurulatih mempunyai perancangan jangka panjang dan pendek.

“Jika pasukan pendahulu seperti Selangor dan Negeri Sembilan, mereka sudah bersama sekian lama dan sudah tentu persefahaman sudah ada, kita juga harus bersabar dengan keadaan ini,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau percaya penyokong Kelantan kini sudah mula memahami situasi ini dan tidak bertindak keterlaluan jika keputusan perlawanan tidak memihak kepada Kelantan.

“Contoh terbaik semasa perlawanan menentang Selangor, tiada lagi kekecohan malah mereka berpuas hati dengan persembahan yang menghiburkan walaupun tidak dapat menggapai kemenangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...