Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 3, 2010

Karier Neville di United hampir berakhir (Utusan Malaysia)

MANCHESTER, England – Ketua pasukan Manchester United, Gary Neville memberi bayangan kariernya bersama juara England itu mungkin berakhir pada penghujung musim ini, selepas hampir 18 tahun.

Berusia 35 tahun, kontrak Neville akan berakhir Jun ini dan dia belum ditawarkan kontrak baru.

Ditanya mengenai pelanjutan kontrak sehingga musim depan, Neville membalas: “Saya tidak tahu... Saya tidak memikirkannya.’’

Masalah kecederaan mengehadkan aksi pemain pertahanan itu sejak kebelakangan ini, walaupun dia beraksi kira-kira 25 minit, pada perlawanan akhir Piala Liga Ahad lalu, di mana United mengekalkan kejuaraan selepas menang 2-1 ke atas Aston Villa.

“Saya berada pada tahap usia di mana saya mahu kekal cergas dan menumpukan baki bulan terakhir musim ini.

“Saya harus membuat keputusan apa yang saya mahu lakukan dan berbincang dengan Alex Ferguson,’’ katanya.

Neville meningkat dalam skuad United pada awal 1990-an, sebagai sebahagian daripada kumpulan pemain muda United dengan julukan ‘bakat baru Fergie’, bersama David Beckham dan Ryan Giggs. – AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...