Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 14, 2010

Johor FC kembali pintas Kelantan (Berita Harian)

Oleh Petah Wazzan Iskandar, Rizar Mohd Noor, Kamudin Baharom, Bashah Zainol Abidin dan Azizan Hashim
bhsukan@bharian.com.my
2010/03/14

JOHOR FC merampas tempat ketiga Liga Super daripada Kelantan selepas membelasah Pulau Pinang 5-0 di Stadium Batu Kawan, malam tadi.

Kelantan yang mengambil alih tempat itu seketika selepas seri tanpa jaringan dengan Selangor kelmarin, hanya bertahan 24 jam apabila Johor FC meledakkan lima gol ke atas pasukan kedua tercorot, Pulau Pinang untuk berada tiga mata di depan Kelantan.

Mohd Izuan Jaruddin membuka jaringan pada minit ke-45 disusuli Nurul Azwan Roya (m51, 61), Zulhisyam Jamaluddin (m74) dan Mohd Safuan Ibrahim melengkapkan pesta gol pada detik akhir perlawanan.
  • Di Stadium Utama, Kangar, dua gol separuh masa pertama menyentap Perlis dalam kekalahan 2-0 kepada Kuala Lumpur.

    Shahruddin Yaacob membuka jaringan apabila menguis masuk lantunan sepakan sudut Mohd Raimi Mat Nor yang ditampan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias ke palang pada minit ke-27.

    Lima minit kemudian, Mohd Badrulhisham Azmi memanfaatkan keadaan kelam kabut dalam kotak penalti untuk menggandakan kelebihan pelawat.

  • Di Stadium Darulaman, jaringan minit akhir pemain Negeri Sembilan, Norizam Salaman membunuh sisa perjuangan Kedah yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada 15 minit terakhir untuk membolehkan anak buah Wan Jamak Wan Hassan menang 1-0.
    Norizam menyudahkan gerakan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak selepas insiden dia dikasari ketua pasukan Kedah, Mohd Shafizan Hashim yang dilayangkan kad merah pada minit ke-74.

  • Di Stadium Perak, tuan rumah menampilkan peningkatan apabila menang 3-0 ke atas T-Team. Wan Azwari Wan Nor membuka jaringan pada minit ke-11 sebelum M Saufi Sa’adi menyumbangkan dua gol pada minit ke-41 dan 90
  • No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...