Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

Inter terlepas peluang lebarkan kelebihan

ROME - Pendahulu Serie A, Inter Milan gagal mengambil kesempatan daripada keputusan seri dua pencabar terdekat AC Milan dan AS Roma, apabila pasukan itu juga seri tanpa jaringan dengan Genoa di San Siro, kelmarin.

Inter mengumpul 59 mata daripada 27 perlawanan selepas keputusan seri keempat dalam lima perlawanan liga.

Inter, yang berkelebihan empat mata ke atas Milan sebelum perlawanan kelmarin, gagal mengambil kesempatan daripada penguasaan mereka, apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan di Rome.

AS Roma tiga mata di belakang di tempat ketiga.

Jose Mourinho, yang telah pun menjalani hukuman penggantungan kedua daripada tiga perlawanan kerana menunjukkan isyarat tangan kontroversi, ketika menentang Sampdoria dua minggu lalu, menurunkan tiga penyerang dalam kesebelasan utama.

Namun, pasukannya kurang menyengat di babak pertama, apabila percubaan pemain Genoa, Giandomenico Mesto dan Giuseppe Sculli dan penyerang Inter, Dejan Stankovic mudah diselamatkan.

Juara bertahan itu membuat tiga pertukaran pemain dalam usaha mengubah rentak permainan selepas rehat dengan pemain yang bergelut, Samuel Eto'o antara yang dimasukkan.

Penyerang Cameroon itu merembat dari luar kawasan penalti, namun dinafikan oleh Marco Amelia.

Maicon hampir menjaringkan gol ketika Inter akhirnya meletakan pasukan pelawat di bawah tekanan pada babak akhir perlawanan.

"Sebahagian besar pemain kami beraksi untuk pasukan kebangsaan mereka. Anda tidak dapat sentiasa berada di puncak dari segi tumpuan dan kesungguhan.

"Ia cuma satu mata dan kami kurang satu perlawanan menjelang penghujung musim.

''Perlawanan hari ini tidak begitu baik. Ia memang boleh berlaku ketika dalam laluan menuju ke penentuan kejuaraan,'' kata pengarah teknikal Inter, Marco Branca.

Mourinho enggan bercakap dengan media sebelum dan selepas perlawanan kerana dia masih digantung. - Reuters

--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...