Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

Inter terlepas peluang

Hanya seri ketika Milan, Roma turut terikat

ROME: Pendahulu Serie A, Inter Milan gagal mengambil kesempatan keputusan seri antara dua pesaing terdekat, AC Milan dan AS Roma, apabila dikekang 0-0 oleh Genoa di San Siro kelmarin.

Inter mengumpul 59 mata daripada 27 perlawanan selepas mencatat keputusan seri keempat dalam lima perlawanan liga dan masih mengekalkan pendahuluan empat mata sejak hujung minggu ke atas Milan, yang gagal mengubah dominasi mereka kepada gol dalam satu lagi keputusan seri tanpa jaringan di Rome, Sabtu lalu.

AS Roma ketinggalan tiga mata di tangga ketiga.

Jose Mourinho yang menjalani penggantungan perlawanan kedua daripada tiga perlawanan kerana isyarat kontroversi tangan digari ketika menentang Sampdoria dua minggu lalu, menurunkan tiga penyerang dalam kesebelasan utama.

Namun, pasukannya begitu lemah ketika melakukan serangan pada separuh masa kedua ketika pemain Genoa, Giandomenico Mesto dan Giuseppe Sculli serta Dejan Stankovic dari Inter melihat semua percubaan mereka diselamatkan.

Juara bertahan itu membuat tiga pertukaran dalam usaha menyuntik serangan selepas rehat dengan penyerang, Samuel Etoo antara mereka yang membuat kemunculan dari bangku simpanan.

Kami memiliki ramai pemain yang bersama pasukan kebangsaan dan bermain 90 minit minggu ini, kata Pengarah Teknikal Inter, Marco Branca kepada stesen televisyen Sky. Anda sentiasa berharap dapat mengekalkan tumpuan dan keinginan untuk menang.

Ia hanyalah satu mata dan satu perlawanan lagi berkurangan menjelang akhir musim. Perlawanan hari ini tidak begitu bagus tetapi ia boleh berlaku sepanjang musim, katanya. - Reuters

--- BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...