Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 7, 2010

Henti lakonan anda: Salif (Berita Harian)


"Kami melihat dirinya sebagai seseorang yang belum sempurna lagi," - Salif Diao, memain Stoke

LONDON: Pemain Stoke City, Salif Diao membuat rumusan betapa Didier Drogba gemar menganggap gelagatnya sengaja menjatuhkan badan itu sebagai satu unsur hiburan dan percaya 'lakonan' itu akan berulang apabila Chelsea menentang pasukannya dalam saingan suku akhir Piala FA, hari ini.

Drogba yang bakal dirantai oleh pemain lawan dari Senegal itu pasti mahu membantu The Blues pimpinan Carlo Ancelotti layak ke separuh akhir di Wembley, apabila mereka berdepan Stoke di Stamford Bridge nanti.

Salif yang menjadi penghalang penyerang Ivory Coast itu, berkata dia menyedari reputasi Drogba - selepas menjadi rakan karib hampir sedekad sejak kedua-duanya bermain di Perancis.

“Saya dan pemain lain memberitahu dia supaya hentikan gelagat gemar menjatuhkan diri,” kata pemain tengah Senegal itu. “Tetapi ia seperti sebahagian daripada pertunjukan kepada dirinya, ia bukan menipu, tetapi sebahagian daripada hiburan.

“Dia memiliki mentaliti kemenangan dan tahu apa yang diinginkan. Kami menggelar dirinya, ‘The Project’ kerana kami melihat dirinya sebagai seseorang yang belum sempurna lagi.

“Dia belum lagi menjadi penyerang lengkap kerana dia sentiasa mahu meningkatkan permainannya. Dia seperti Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo. Mereka tahu mereka sudah mencapai tahapnya, tetapi masih bekerja keras setiap hari kerana mereka mahu menjadi lebih baik.

“Tetapi Didier masih meneruskannya dan bila ’The Project’ melakukannya dengan penuh bersemangat, baru saya berasakan dia akan menjadi yang terbilang. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...