Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 2, 2010

Gerrard, Torres pamer sengat (Berita Harian)

LONDON: Gandingan Steven Gerrard dan Fernando Torres mencipta gemilang buat Liverpool apabila menewaskan Blackburn Rovers 2-1, awal pagi tadi untuk terus menyalakan impian mengintai tiket ke Liga Juara-Juara.

Gerrard membuka tirai jaringan minit ke-20 tetapi pelawat berjaya menyamakan kedudukan 1-1, lima minit sebelum tamat babak pertama menerusi Keith Andrews sebelum Torres yang kembali daripada kecederaan lama memberi isyarat dia mampu menggegar dengan jaringan minit ke-44.

Sementara itu, Tottenham Hotspur berjaya mendapatkan tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Everton 2-1 di White Hart Lane menerusi gol babak pertama daripada penyerang Russia, Roman Pavlyuchenko dan Luka Modric pada minit ke-11 dan 28.

Everton mendapat gol menerusi Ayegbeni Yakubu pada minit ke-55 tetapi usaha itu belum cukup bagi mengintai peluang merampas satu mata walaupun pelawat memiliki beberapa peluang.

City pula garang apabila menewaskan Chelsea 4-2 di Stamford Bridge, kelmarin untuk menamatkan rentetan tanpa kalah di halaman sendiri daripada 38 perlawanan.

Gol pertama Tottenham berpunca daripada hantaran paras bawah oleh Jermain Defoe sebelum Pavlyuchenko yang tidak dikawal menolak masuk untuk jaringan keenamnya daripada empat perlawanan lalu.

Dalam perlawanan lain, Sunderland dan Fulham seri 0-0. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...