Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 7, 2010

Everton nak 'simpan' Donovan

LIVERPOOL: Everton berhajat melanjutkan khidmat pemain yang dipinjamkan dari Amerika Syarikat, Landon Donovan lebih daripada 10 minggu seperti yang tertakluk dalam perjanjian sebelum ini, namun jurulatih Los Angeles Galaxy, Bruce Arena berkata, dia tidak bercadang meluluskan permohonan itu.

Donovan memberi impak besar dalam kancah Liga Perdana Inggeris membolehkannya meraih pujian daripada pengurus pasukan, David Moyes serta penyokong Goodison Park, yang sudah pun memulakan kempen di laman sosial Facebook untuk mendesaknya terus kekal di London.

“Saya berminat mengekalkan Landon di sini dan di Amerika pada awalnya, mereka mungkin akan menyatakan ‘ya’,” kata Moyes. “Landon juga berminat untuk terus berada di sini, jadi ia kelihatan semua yang terbabit saling berminat.”

“Tetapi saya masih belum mendapat sebarang pengesahan lagi. Saya tidak boleh mengesahkan apa yang akan berlaku dan apabila keputusan dicapai, saya akan maklumkan.”

Donovan dipinjamkan kepada Everton pada bulan Januari lalu dan dia masih memiliki baki dua perlawanan bersama kelab itu iaitu menentang Hull esok, dan di Birmingham 13 Mac ini. Dia di jangka kembali ke Galaxy pada 15 Mac, 12 hari sebelum perlawanan pembukaan Liga Utama Bola Sepak Amerika, menentang New England. - AP


--- BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...