Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 9, 2010

Everton berpesta gol


DONOVAN turut mencatat nama sebagai penjaring ketika Everton menang 5-1 ke atas Hull semalam.


LONDON - David Moyes tidak menjangkakan skuad bimbingannya, Everton berjaya membelasah Hull 5-1 pada aksi tunggal Liga Perdana England di laman sendiri awal pagi semalam.

"Adakah ia lima gol? Saya ingat- kan enam gol. Kami telah mempamerkan aksi yang cukup baik berdepan pasukan kuat tetapi gagal melakukannya ketika berdepan pasukan bawahan liga.

"Apa pun kami berjaya membuatkan penyokong yang hadir gembira. Harap kami dapat mengekalkan gaya permainan seperti ini sehingga penghujung musim," kata Moyes.

Pengurus Everton itu turut memuji dua pemainnya, Mikel Arteta dan Landon Donovan yang dipinjam dari LA Galaxy.

"Arteta telah melakukan yang terbaik dan menjaringkan gol yang menarik. Bagaimanapun, saya tidak rasa yang dia sudah kembali kepada prestasi asalnya sebelum mengalami kecederaan.

"Saya juga mahu Donovan kekal lama di sini dan saya rasa dia juga mahu kekal bersama kami. Tetapi ia hanyalah pinjaman selama dua bulan dan kami kena hormati perjanjian jika kelabnya mahukan Donovan kembali," ujar Moyes.

Pada perlawanan tersebut, lima gol Everton dijaringkan Arteta (17 dan 39), gol sendiri Richard Garcia (51), Donovan (82) dan Jack Rod- well (86) manakala jaringan tunggal Hull dihasilkan Tom Cairney (32). - Agensi

--- KOSMO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...