Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 14, 2010

Devan terkilan penyerang tumpul di Kota Bharu (Berita Harian)

Oleh Norsyarafina Nasrom

norsyarafina@nstp.com.my
2010/03/14

MENGAKUI barisan Selangor gagal mempamerkan aksi yang diharapkan, kejayaan membawa pulang satu mata berharga dari Stadium Sultan Mohd IV mampu menjadi penawar buat jurulatihnya, K Devan dalam usaha mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super.

“Saya berpuas hati pemain mampu menyumbangkan satu mata tetapi sedikit terkilan kerana banyak peluang yang terhidang gagal disempurnakan oleh beberapa pemain,” katanya, semalam.

Walaupun secara keseluruhan Kelantan dilihat mendominasi permainan, Selangor memiliki lebih banyak peluang jaringan berbanding pasukan tuan rumah yang dibimbing B Sathianathan. “Saya kira Selangor memiliki lapan peluang untuk menjaringkan gol menerusi iaitu tiga kali R Surendran, masing-masing dua oleh Mohamad Amri Yahyah dan Mohamad Safee Sali serta satu percubaan dari Hardi Jaafar dan Amirul Hadi Zainal,” kata Devan.

Sambil mendedahkan masih banyak kesilapan berlaku di benteng pertahanan, corak permainan Selangor juga dilihat sedikit sumbang apabila hantaran bola dari kawasan tengah padang gagal dibaca dengan baik oleh pemain serangan.

“Keserasian di antara pemain dilihat sedikit goyah, namun mereka mampu untuk bertahan dan memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.”

Bagaimanapun pengendali ini berharap corak permainan berbeza dapat ditampilkan dalam pertemuan seterusnya menentang Perak pada 17 April nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...